PROGRAM BENGKEL ASAS PENGURUS PASUKAN SUKAN KOLEJ | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » PROGRAM BENGKEL ASAS PENGURUS PASUKAN SUKAN KOLEJ

PROGRAM BENGKEL ASAS PENGURUS PASUKAN SUKAN KOLEJ

Sekretariat Sukan dan Rekreasi, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2022/2023 dengan kerjasama Pengurusan KOSASS telah menganjurkan Bengkel Asas Pengurus Pasukan Sukan Kolej pada 2 April 2023. Bengkel Asas Pengurus Pasukan Sukan Kolej merupakan program yang julung kali diadakan di KOSASS. Program ini telah menyasarkan 50 orang penyertaan dalam kalangan kolegiat Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah yang mengutamakan pengurus pasukan untuk Sukan Kolej (SUKOL) bagi Semester 2 2022/2023. Bengkel ini telah disampaikan oleh En. Razizi bin Midin, Ketua Unit, Unit Fasiliti dan Operasi Sukan dan En. Yusri bin Mohamad Nor, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Unit Pengelolaan Sukan dari Akademi Sukan serta turut dihadiri oleh felo-felo pemantau Sekretariat Sukan dan Rekreasi. Manakala Majlis Penutup Bengkel Asas Pengurus Pasukan Sukan Kolej dihadiri oleh Puan Nur Hidayah Tina binti Abdullah selaku Timbalan Ketua Felo. Matlamat utama Bengkel Asas Pengurus Pasukan Sukan Kolej ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kolegiat tentang kemahiran pengurusan pasukan selain dapat melahirkan pengurus pasukan yang dapat mengendalikan atlet-atlet kolej dengan perkhidmatan yang terbaik. Program ini secara tidak langsung mampu mengangkat nama Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) dalam bidang sukan lebih-lebih lagi di dalam Sukan Kolej yang akan dipertandingkan (SUKOL). Bengkel Asas Pengurus Pasukan Sukan Kolej telah berlangsung bermula jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari yang mengandungi dua slot sebelum berlangsungnya Majlis Penutupan pada jam 1 petang. Program ini telah mendapat sambutan yang positif daripada kolegiat apabila kehadiran yang dicatatkan menghampiri 40 orang

Tarikh Input: 29/05/2023 | Kemaskini: 29/05/2023 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXESIAx~