PROGRAM GOTONG-ROYONG | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » PROGRAM GOTONG-ROYONG

PROGRAM GOTONG-ROYONG

 

 

Pada 8 Mac 2023 (Rabu), Majlis Perwakilan Kolej (MPK), staf dan pegawai Tadbir KOSASS telah
mengadakan program gotong-royong kawasan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS).

Sehari sebelum kejadian, perjumpaan telah diadakan antara Majlis Perwakilan Kolej (MPK) untuk
diberikan penerangan lanjut mengenai aktiviti yang bakal dilaksanakan. Perjumpaan tersebut
dipengerusikan oleh saudari Nur Amirah Izzati binti Mustapa, Naib Presiden 1 Majlis Perwakilan Kolej
(MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS).

 

Gotong-royong dimulakan dengan membahagikan tugasan dan kumpulan oleh staf dan pegawai Tadbir
KOSASS. Kawasan yang diberikan perhatian utama ialah kawasan di stor Blok Raja Udang dan Bilik
Kolej Kedua KOSASS.

 

 

Pada jam 12.30 tengah hari, aktiviti gotong-royong tamat dan semua yang
terlibat diberikan makanan tengah hari. Aktiviti gotong-royong yang diadakan ini bertujuan untuk memperindahkan kawasan persekitaran
KOSASS agar menjadi lebih bersih kerana kebersihan juga adalah salah satu lambang seseorang. Di
samping itu, aktiviti ini dapat mewujudkan dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan
pelajar dan staf serta Pegawai Tadbir KOSASS. Secara keseluruhannya, program ini mampu
mewujudkan semangat positif untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan secara
berkesan. Dengan kerjasama semua yang terlibat, aktiviti gotong-royong ini berjaya dijalankan dengan lancar dan
mencapai kejayaan yang memuaskan. Diharapkan program juga seperti ini dapat diteruskan dengan
penglibatan daripada felo dan kolegiat KOSASS sendiri. Kebersihan dan keselamatan kolej adalah
tanggungjawab bersama semua entiti yang berada di KOSASS. Moga KOSASS terus bersih, selamat
dan cemerlang.

Tarikh Input: 14/03/2023 | Kemaskini: 14/04/2023 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEaBAY~