Program Mobiliti UPM Merapatkan Lagi Jaringan Strategik Bersama Universiti Di Indonesia | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » Program Mobiliti UPM merapatkan lagi jaringan strategik bersama universiti di Indonesia

Program Mobiliti UPM merapatkan lagi jaringan strategik bersama universiti di Indonesia

 

 

 

 

Inisiatif pihak universiti dalam merangka program mobiliti yang berkonsepkan pendidikan tanpa sempadan bakal melahirkan graduan yang kompeten, unggul dan holistik sejajar dengan keperluan negara. 

 

Maka, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah telah mengambil peluang dengan menghantar pelajar-pelajar yang terdiri daripada ahli Majlis Perwakilan Kolej ke Indonesia di bawah Program Mobiliti yang dianjurkan oleh Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. Dua buah universiti di Indonesia iaitu Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta dan Universitas Padjajaran, Bandung, Indonesia bekerjasama dengan UPM bagi menjayakan program yang berimpak tinggi ini. Program tersebut berlangsung selama 10 hari bermula pada 3 Disember 2022 sehingga 13 Disember 2022.

 

Program Mobiliti ini sekali gus dapat memberikan pendedahan kepada para mahasiswa mengenai kepentingan mempunyai kepimpinan dan pengurusan yang bertaraf antarabangsa. Hal tersebut dapat diterapkan melalui kolaborasi di peringkat antarabangsa yang melibatkan pelajar berlainan warganegara, bangsa, budaya, bahasa dan agama.

 

Sehubungan dengan itu, program mobiliti yang dianjurkan oleh UPM mampu mencapai matlamat untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang dari aspek sahsiah, akademik dan kokurikulum sejajar dengan Pelan Strategik HEPA UPM yang keenam iaitu Pengantarabangsaan

Tarikh Input: 05/01/2023 | Kemaskini: 05/01/2023 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEbJAx~