Program Putrabike Fun Ride UPM 2017 | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » Program Putrabike Fun Ride UPM 2017

Program Putrabike Fun Ride UPM 2017

 

Oct 7, UPM - Putrabike Funride UPM 2017 telah dijalankan pada 7 oktober yang lepas anjuran mtm sekretariat sukarelawan dan jaringan komunikasi kosass dengan kerjasama koperasi upm berhad. Para peserta harus menggunakan basikal sendiri untuk menyertai. Acara bermula dia sekitar kosass dan melewati sekitar upm sehingga ke penamat. Program seperti ini secara tidak langsung dapat memperkenal kepada pelajar terhadap suasana di sekitar upm, dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain malah mendorong peserta untuk menyokong kempen go green itu sendiri.

 

Selain itu, sepanjang acara berlangsung terdapat juga cabutan bertuah dan pertandingan selfie dan caption terbaik bagi menggalakkan penglibatan peserta hadiah menarik telah disediakan.

 

Terdapat juga booth dibuka kepada para pelajar yang hendak membeli basikal kerana ia menawarkan rebat sebanyak rm300 kepada pelajar tahun pertama terutamanya. 

Justeru itu, acara seperti ini sewajarnya diadakan lagi pada masa hadapan kelak dan harapan seharusnya dapat sambutan yang lebih menggalakkan.

 

Tarikh Input: 09/10/2017 | Kemaskini: 16/10/2017 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
W1UKbMAN:12:00