PROGRAM UPM@WE REACH FOR YOU 3.0 | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » PROGRAM UPM@WE REACH FOR YOU 3.0

PROGRAM UPM@WE REACH FOR YOU 3.0

 

  

 

 

Program UPM@We Reach For You 3.0 kini kembali dianjurkan oleh Sekretariat Sukarelawan dan Teknologi Hijau, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2022/2023 dengan kerjasama Pengurusan KOSASS dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Putra Malaysia. Program yang berkonsepkan forum kesukarelawanan ini telah dijalankan secara berperingkat sebanyak 3 sesi bermula dari 20, 26 November dan 4 Disember 2022.

 


 

 

Program ini telah bersiaran secara langsung di YouTube KOSASS CHANNEL dengan dihadiri oleh panel penceramah daripada Pertubuhan Kebajikan HULUR Malaysia, Peduli Merah dan Kelab AIESEC UPM bagi berkongsi ilmu dan pengalaman dalam perihal kesukarelawanan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk sikap sukarelawan dan kemanusiaan dalam diri pelajar agar berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan.

Dengan bertemakan Masyarakat Penyayang Mahasiswa Prihatin, sesi pertama disampaikan oleh pihak HULUR Malaysia iaitu Cik Norazila binti Mazlan dan Cik Nor Hamizah binti Norsaipul telah berjaya meraih jumlah penyertaan seramai 679 orang. Seterusnya, sesi kedua forum UPM@We Reach For You 3.0 yang disampaikan oleh Cik Nursyuhaidah Abdul Razak dengan bertemakan Perangi Stigma Haid, Tangani Kemiskinan Haid berjaya mencatatkan sebanyak 844 penyertaan dan 915 penyertaan telah berjaya diraih pada sesi akhir yang disampaikan oleh ahli Kelab AIESEC UPM iaitu Cik Iffah Liyana binti Selamat dan Cik Ooi Zi dengan tajuk Sukarelawan Pasca Pandemik COVID-19.

Secara keseluruhan, program ini telah mendapat sambutan yang amat positif daripada para pelajar Universiti Putra Malaysia. Usaha dalam memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa juga berjaya diketengahkan melalui program ini. Semoga program UPM@We Reach For You dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dan semoga nilai kesukarelawanan dapat terus dipupuk dan dikekalkan dalam kalangan mahasiswa Universiti Putra Malaysia.

Tarikh Input: 14/12/2022 | Kemaskini: 14/12/2022 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEZDAy~