PROJEK GEMPUR TANI KOSASS | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » PROJEK GEMPUR TANI KOSASS

PROJEK GEMPUR TANI KOSASS

 20 Mac 2021, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) sesi 2020/2021 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah telah mengadakan jualan sayur kangkung KOSASS Green Market di bawah program Projek Gempur Tani KOSASS. Penjualan produk KOSASS Green Market ini dijalankan di sekitar kawasan kolej dan berjaya menjual sebanyak 15 paket sayur kangkung.
 
Projek Gempur Tani KOSASS merupakan program yang diketuai oleh Saudari PKW Nur Nasuha binti Muhamad Noor Azam dan telah berjaya menjual produk pertama dengan jayanya. Program ini dijalankan bagi melahirkan kumpulan yang terlatih dan mahir dalam bidang pertanian. Selain itu, program ini juga dijalankan untuk melahirkan usahawan tani yang progresif dalam kalangan kolegiat.
 
Aktiviti menuai sayur kangkung dimulakan seawal jam 7.30 pagi dengan jumlah tenaga kerja seramai lapan orang. Sayur kangkung yang telah dituai kemudiannya dimasukkan ke dalam tong besar bagi proses pembersihan. Setelah dibersihkan, sayur kangkung di letakkan di tempat yang bersih sebelum ditimbang, dibungkus dan dijual dengan harga RM3 sepaket. Hasil jualan adalah sebanyak RM45.
 
 
Natijahnya, penubuhan KOSASS Green Market ini memberi peluang kepada ahli jawatankuasa bagi menimba ilmu pertanian, khususnya dalam penanaman dan penjualan sayur kangkung. Menerusi aktiviti penjualan dan penjenamaan tersebut, ianya dapat membantu bagi mempromosikan produk pertanian KOSASS kepada orang ramai sama ada di dalam atau di luar UPM.
 
Pengarah: PKW Nur Nasuha binti Muhamad Noor Azam
Editor: Fauziah binti Pathorrasi

Tarikh Input: 24/03/2021 | Kemaskini: 24/03/2021 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXDdPAH~