Projek Landskap Ikon KOSASS | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » Projek Landskap Ikon KOSASS

Projek Landskap Ikon KOSASS

 
 
 
 
 
 
 
Sekretariat Sukarelawan dan Teknologi Hijau, Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Pengurusan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) telah mengadakan Projek Landskap Ikon KOSASS pada 5 November 2023 (Ahad) bertempat di kawasan kereta kebal, KOSASS. Program ini bertujuan untuk mengindahkan dan menghijaukan kawasan ikonik KOSASS iaitu kawasan kereta kebal dan sekitarnya bagi memberi imej yang baik kepada identiti KOSASS.
 
 
Projek Landskap Ikon KOSASS ini dihadiri oleh Yang Berbahagia, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid bin Arshad, Pengetua KOSASS sekali gus merasmikan program ini. Tidak lupa juga, barisan felo, pengurusan, MPK dan kolegiat KOSASS yang bersama-sama turun untuk hadir bagi memeriahkan lagi program hari ini.
 
 
 
Menurut Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid bin Arshad, pokok jenis Kesinan Merah membawa simbolik semangat kesepaduan bersama yang menjadi lambang jiwa yang besar dalam warga KOSASS terutamanya dalam aspek perpaduan, setia kawan dan kerjasama. Beliau juga mengharapkan agar lebih banyak lagi program seperti ini dapat dilakukan untuk memastikan agenda melestarikan kawasan hijau di kawasan kampus terutamanya di KOSASS tercapai. Tambahan pula,pengarah program, Frankie Jibat Anak Sat, berkata program ini telah mencapai objektifnya dengan sokongan dan semangat yang telah ditunjukkan oleh kolegiat KOSASS.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Dengan adanya Projek Landskap Ikon KOSASS ini, diharapkan supaya pelajar lebih berdisiplin dan bekerjasama untuk meningkatkan kelestarian dan keceriaan untuk memberi imej yang baik kepada identiti KOSASS.
Ikuti hebahan kami, follow, like & share di
 
 
Sekian, terima kasih.
 
“Pintar, Harmoni, Cemerlang"
Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah
Sesi 2023/2024

Tarikh Input: 06/11/2023 | Kemaskini: 06/11/2023 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXFCEAX~