SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-61 | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-61

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-61

30 OGOS, UPM SERDANG - Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Universiti Putra Malaysia telah menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61, anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia, bersempena Kursus Pemantapan Organisasi sesi 2018/2019 Universiti Putra Malaysia (UPM).

Program ini merupakan aktiviti yang baru dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM, untuk memberi pendedahan kepada para pemimpin pelajar baharu, berkenaan semangat patriotik merupakan asas pembangunan sesebuah negara.

"Tanpa pemimpin yang cemerlang, tanpa kemerdekaan yang sebenar" kata Akmal Hilman, salah seorang wakil pelajar Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah. Menurut katanya, program ini telah berjaya untuk memupuk dan menyemai semangat kekitaan, kekeluargaan serta menyayangi negara sebagai tanah air yang tercinta.

Hampir seramai 500 orang wakil pelajar baharu dan staf UPM telah menghadiri majlis sambutan tersebut dengan penuh semangat patriotik pada malam kejadian. Aktiviti yang telah terancang merangkumi upacara menaikkan bendera Malaysia, persembahan lagu patriotik, deklamasi sajak oleh barisan pengetua kolej kediaman UPM, dan acara kemuncak, iaitu persembahan bunga api.

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 06/09/2018 | Kemaskini: 06/09/2018 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEZUAA~