SAYEMBARA ANAK SENI | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » SAYEMBARA ANAK SENI

SAYEMBARA ANAK SENI

Program Sayembara Anak Seni merupakan program anjuran Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2021/2022 dengan kerjasama Pengurusan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) yang telah berlangsung bermula 15 November sehingga 4 Disember 2021 secara dalam talian. Program ini telah menerima penyertaan daripada semua pelajar Universiti Putra Malaysia.

 

Program Sayembara Anak Seni merupakan sebuah pertandingan yang mengetengahkan elemen kebudayaan dan kesenian yang menggabungkan empat kategori seni persembahan iaitu nyanyian, tarian, lakonan dan instrumen yang dinamakan Medan Seni Suara, Medan Seni Tari, Medan Seni Lakon, dan Medan Seni Instrumental. Para pemenang bagi setiap medan telah diumumkan dalam Majlis Penutupan Sayembara Anak Seni yang telah berlangsung pada 4 Disember 2021 (Sabtu) dan telah diadakan secara dalam talian menerusi YouTube KOSASS CHANNEL.

 

Majlis ini telah mendapat sambutan yang baik oleh pelajar Universiti Putra Malaysia. Maklum balas yang diterima daripada kalangan peserta juga adalah positif kerana peserta dihidangkan dengan pengisian program yang menarik. Program ini diharapkan dapat menjadi platform dalam melahirkan pelapis penggiat seni dalam kalangan pelajar dan seterusnya membentuk pelajar yang berdaya saing, berkualiti serta berkeyakinan dalam mempersembahkan bakat dan kreativiti masing-masing di samping menghargai nilai kesenian dan kepelbagaian budaya di negara kita.

Tarikh Input: 16/12/2021 | Kemaskini: 16/12/2021 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEaWAU~