Slot Bersama Pengetua | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » Slot Bersama Pengetua

Slot Bersama Pengetua

3 SEP, UPM SERDANG - Sempena hari pendaftaran pelajar baharu sesi 2018/2019, kemasukan semua pelajar baharu ke Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Universiti Putra Malaysia (UPM), telah disambut dahulu oleh pengetua kolej, iaitu Lt. Kol. Hj. Othman bin Jailani. Menurut kata beliau, "Kolej merupakan rumah kedua semua pelajar selain daripada rumah sendiri, dan anda sepatutnya berasa bangga kerana terpilih untuk memasuki kolej kediaman yang bergelaran dengan nama arwah Sultan Selangor". Slot pertama ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penuntut baru berkenaan kehidupan dan pembelajaran di kolej kediaman universiti awam tertentu. Selain itu, semua staf pengurusan kolej dengan barisan felo yang selalu bersedia untuk membantu pelajar di dalam kolej kediaman turut diperkenalkan supaya perkhidmatan dapat disampaikan dengan berefisien kepada semua pelajar. 

Tarikh Input: 07/09/2018 | Kemaskini: 07/09/2018 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
W1UKbMAN:12:37