Talk PutraUsahawan@UPM : Asas Pengurusan Wang Dalam Perniagaan | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » Talk PutraUsahawan@UPM : Asas Pengurusan Wang dalam Perniagaan

Talk PutraUsahawan@UPM : Asas Pengurusan Wang dalam Perniagaan

Pada tanggal 16 Januari 2021 yang lalu, Exco Keusahawanan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah sesi 2020/2021 dengan kerjasama Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan(CEM) telah mengadakan program Talk PutraUsahawan@UPM dengan tajuk Asas Pengurusan Wang dalam Perniagaan. Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada mahasiswa tentang ilmu keusahawanan khususnya dalam aspek pengurusan kewangan dalam perniagaan serta membuka mata mahasiswa akan kepentingan menguruskan belanjawan dalam sesuatu perniagaan.
 
Dalam program ini, terdapat banyak input yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu En. Amsyari Zarir bin Abdul Shakur yang merupakan CEO bagi syarikat AMACC Corporate Services Sdn. Bhd.. Antara input yang telah dikongsikan oleh beliau ialah ilmu asas dalam menguruskan perbelanjaan perniagaan. Beliau juga berkongsi akan perkara yang perlu dilakukan dan perkara yang perlu dielakkan dalam pengurusan wang yang bagus. Dari segi penyertaan, jumlah peserta mencapai target iaitu melebihi 300 orang pelajar daripada UPM.
Kesimpulan daripada program ini, jelaslah bahawa masih ramai pelajar yang mempunyai semangat dalam mempelajari ilmu keusahawanan. Oleh yang demikian, program ini ternyata memberi impak yang positif kepada diri mahasiswa. Terdapat banyak ilmu pengetahuan dan nasihat yang bermanfaat telah dikongsikan dalam program ini. Diharapkan program sebegini akan terus mendapat perhatian daripada mahasiswa yang bersungguh-sungguh untuk menimba ilmu keusahawanan.

Tarikh Input: 08/02/2021 | Kemaskini: 08/02/2021 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXDdSAe~