TEMASYA SUKAN TAHUNAN KOSASS | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » TEMASYA SUKAN TAHUNAN KOSASS

TEMASYA SUKAN TAHUNAN KOSASS

SERDANG, UPM - Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Kesatuan Mahasiswa, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) dan Pengurusan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) telah menganjurkan KOSASS Sports Day (KOSSPORD) 3.0 yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 27 dan 28 April 2024. Program ini adalah salah satu subprogram di bawah Mega Festival KOSASS (Mega FESKOS) 2024 yang sudah tentunya menjadi antara program kolej yang paling dinanti-nantikan dalam kalangan kolegiat KOSASS.
Menurut saudara Ikmal dan Ame iaitu penyelaras program bagi KOSSPORD 3.0 kali ini berkongsi bahawa program ini merupakan acara sukan tahunan yang diadakan di persekitaran kawasan kolej di mana semua blok di KOSASS iaitu Helang, Merpati, Rajawali, Raja Udang, Rusa, Kijang, Seladang, Pelanduk dan Napuh yang akan berentap antara satu sama lain untuk merebut gelaran sebagai juara serta ingin memperoleh kelebihan yang lumayan daripada pihak pengurusan KOSASS itu sendiri. Kata mereka lagi, tujuan utama KOSSPORD 3.0 diadakan adalah untuk menyatukan semua kolegiat KOSASS melalui sukan kerana dapat meningkatkan keakraban antara satu sama lain. Perkara ini dapat dibuktikan dengan sorakan yang penuh semangat daripada para penyokong yang turut hadir bagi menyuntik semangat wakil blok mereka yang sedang bertanding.
KOSSPORD 3.0 ini menampilkan sukan-sukan seperti bola tampar, bola baling, badminton dan futsal. Persediaan yang dilakukan mengambil masa kira-kira sebulan bagi membuat jadual perlawanan manakala masa seminggu diperlukan untuk menyediakan peralatan sukan. Diharapkan dengan adanya acara sukan tahunan yang menjadi salah satu identiti bagi Mega FESKOS 2024 kali ini akan dapat memupuk semangat semua kolegiat KOSASS untuk terus bersemangat dalam menyahut cabaran membawa nama blok masing-masing dan memeriahkan lagi sukan yang akan datang.
 

Tarikh Input: 15/05/2024 | Kemaskini: 15/05/2024 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1980/1978
-
X, (08:13:10am-08:18:10am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]