TINGKATKAN KESELAMATAN, CEGAH RISIKO | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » TINGKATKAN KESELAMATAN, CEGAH RISIKO

TINGKATKAN KESELAMATAN, CEGAH RISIKO

 

 

SERDANG, UPM - Program Taklimat Latihan Kecemasan 2024 ini telah berjaya dilaksanakan di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini diadakan pada 7 November 2024, bertujuan memberi penekanan kepada langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh para kolegiat sekiranya berlaku insiden kebakaran di kolej kediaman.
Pengarah program, saudara Muhammad Rais bin Muhammad Sharifuddin, menjelaskan bahawa persediaan program ini memerlukan kerjasama dengan beberapa pihak seperti Occupational Safety and Health Management (OSH), Persatuan Pegawai Akademik (PPA), Pusat Kesihatan Universiti (PKU), dan pihak pengurusan kolej termasuk Majlis Perwakilan Kolej (MPK) dan Kelab UNITY. Proses persiapan yang teliti ini mengambil masa hampir satu minggu bagi memastikan latihan kecemasan ini berjalan dengan lancar dan efektif.
Saudara Rais juga berkata “Melalui program ini, diharapkan semua kolegiat dapat mempelajari langkah-langkah yang perlu diambil dalam situasi kecemasan, sekaligus mengurangkan risiko kecederaan atau kerosakan harta benda.”
Semoga KOSASS berada dalam keadaan selamat sepanjang tempoh pengajian setiap kolegiat.
 
 
 

Tarikh Input: 18/11/2024 | Kemaskini: 18/11/2024 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
F, (01:48:39am-01:53:39am, 26 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]