Tour A' Culture 2.0 : Program Mobiliti Pelajar KOSASS Ke Surabaya, Indonesia | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » Tour A' Culture 2.0 : Program Mobiliti Pelajar KOSASS ke Surabaya, Indonesia

Tour A' Culture 2.0 : Program Mobiliti Pelajar KOSASS ke Surabaya, Indonesia

10 Okt, UPM Serdang - Majlis Tertinggi Mahasiswa KOSASS menganjurkan Program Mobiliti Pelajar KOSASS ke Surabaya, Indonesia yang bertema Tour A' Culture 2.0, sepanjang 9 - 22 Oktober 2017. Sehubungan dengan hasil pencapaian yang cemerlang didapati pada sesi tahun lepas, sambutan yang hangat telah diperolehi oleh pihak penganjur kali ini. Untuk memastikan keberfungsian tujuan pembelajaran program ini, pihak penganjur terpaksa membahagikan kesemua peserta kepada dua rombongan. Rombongan pertama bertolak dari KOSASS pada pukul 8 malam, 8 Oktober 2017 di bawah bimbingan Cik Maznur yang selaku felo KOSASS, manakala rombongan kedua bertolak pada pukul 8 pagi, 9 Oktober 2017 di bawab bimbingan Lt. M. Alfan Hidayat. Kesemua peserta dimaklumkan telah tiba di destinasi dengan selamat dan tidak sabar bermula program pembelajaran mereka di Kota Surabaya, Indonesia.

Rombongan pertama bertolak dari KOSASS pada pukul 8 malam, 8 Oktober 2017 di bawah bimbingan Cik Maznur yang selaku felo KOSASS.

Rombongan kedua bertolak pada pukul 8 pagi, 9 Oktober 2017 di bawab bimbingan felo KOSASS, Lt. M. Alfan Hidayat.

Para peserta rombongan mempunyai semangat yang tinggi untuk bertolak ke Kota Surabaya di KLIA2.

Kesemua peserta dimaklumkan telah tiba di destinasi dengan selamat dan tidak sabar bermula program pembelajaran mereka di Kota Surabaya, Indonesia.

Rombongan pelajar KOSASS telah menjadi duta-duta UPM dengan menyalin hubungan diplomatik yang baik dengan pihak penyambut di Kota Surabaya, Indonesia.

Berkibarlah bendera UPM di Kota Surabaya, Indonesia! "Berilmu, Berbakti"!

Tarikh Input: 10/10/2017 | Kemaskini: 16/08/2018 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXETWAM~