Belalai Gajah | SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
» ARTICLE » belalai gajah

belalai gajah

 

 

  Belalai gajah atau nama saintifiknya Clinacanthus nutans adalah pokok jenis renek yang tumbuh tegak dengan ciri-ciri batang berkayu.

Tanaman yang terkenal di Asia Tenggara dan dikatakan berasal dari Thailand itu mampu mencecah ketinggian hingga 2.5 meter.

Batang yang agak lembut dan berwarna hijau itu mempunyai ruas sementara daunnya pula berwarna hijau serta bersifat tunggal.

Selain senang ditanam, ia juga mudah tumbuh dan memberi hasil daun yang rimbun sekiranya dijaga rapi.

Pokok ini boleh membiak melalui dua cara sama ada tanamah di tanah atau diletakkan di dalam pasu berisi air.

Jika direndam dalam pasu, air rendaman hendaklah kerap ditukar sementara pembiakan melalui keratan batang hanya perlu dikerat dan dicucuk ke dalam tanah.

Pokok ini tidak boleh terdedah dengan cahaya matahari terus dan sebaiknya diletakkan di bawah teduhan pokok besar atau kain net hitam.

Gunakan baja organik atau kompos dan elakkan penggunaan baja kimia kerana daunnya boleh dimakan.

Pokok hendaklah disiram sekali sehari seelok- eloknya menggunakan air hujan dan elak penggunaan air paip kerana dibimbangi mengandungi klorin.

Sekiranya ingin menggunakan air paip, pastikan ia disimpan semalaman terlebih dahulu sebelum disiram.

Pokok ini juga terdedah dengan racun perosak seperti siput babi dan kulat jadi, cegah atau kurangkan risiko tanaman rosak dengan penggunaan racun organik.

Saiz daun yang mencecah empat sentimeter sesuai dituai dan ia boleh terus dimakan untuk dibuat ulam atau dijadikan jus untuk diminum.

Pokok ini turut ditanam secara komersial di seluruh Malaysia kerana dipercayai mengandungi pelbagai khasiat seperti memulihkan penyakit kencing manis dan darah tinggi selain mencegah barah.

 

 

Pokok Belalai Gajah di taman mini herba Kosass dipantau oleh Puan Marlisha Binti Zaki .

Date of Input: 03/04/2019 | Updated: 03/04/2019 | zulkif

MEDIA SHARING

SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEYUAv~