CURRY | SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
» ARTICLE » CURRY

CURRY

POKOK DAUN KARI (Murraya koenigii) adalah sejenis tumbuhan jenis renek yang diambil daunnya untuk djadikan bahan masakan terutamanya masak kari. Tumbuhan tropika dari keluarga Rutaceae ini dipercayai natif di India dan Sri Lanka tetapi ia juga sesuai untuk tumbuh di negara kita Malaysia sebagai tanaman keliling rumah yang sangat penting. Boleh dikatakan tanaman ini menjadi salah satu daripada tanaman yang popular untuk program 'edible landscape' atau 'Program Bumi Hijau' yang ditanam diatas tanah keliling rumah atau dalam pasu atau bekas khas. Daun kari yang dipetik mempunyai bau yang sangat kuat dan ia mempunyai rasa yang pahit jika dimakan segar. Saya dapati daun kari dahulu hanya digunakan oleh kaum India di negara kita tetapi kini telah diterimapakai oleh semua kaum terutama orang-orang Melayu. Selain daripada digunakan sebagai campuran dalam masakan gulai kari, daun kari juga digunakan dalam masakan lain seperti rasam, chutney, maruku dan banyak lagi. Saya memang sentiasa menanam pokok kari dikawasan rumah dimana-mana saya tinggal. Ini kerana ia tidak perlu dibeli dikedai atau pasar untuk mengambil daun kari sebelum memasak. Lazimnya saya tanam satu pokok dalam pasu dan beberapa pokok lagi diatas tanah yang sesuai. Artikel pada tengahmalam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman pokok kari (Curry tree) untuk dijadikan bacaan dan rujukkan pembaca semua.

Pokok Kari adalah jenis tumbuhan renek yang tumbuh menegak dengan beberapa cabang dan boleh mencecah ketinggian sehingga 4 - 6 meter. Bagaimana pun ketinggian ini dapat dikawal dengan menanamnya dalam pasu yang mudah kita petik dan dijadikan macam tanaman 'bonsai'. Batangnya berkayu dengan ukurlilit batang mampu membesar sehingga 40 cm dan mempunyai kulit berwarna coklat kehijauan bergantung kepada kedudukan batang atau cabang. Daun pokok kari berada dalam tangkai daun dengan bentuk daun dikenali sebagai 'pinnate' dan susuna bertentangan pada tangkai. Warna daun adalah hijau dan agak berkilat. Kajian dan pemerhatian yang saya buat mendapati bilangan laidaun setiap tangkai adalah sekitar 11 - 21 helai daun (satu helai daun berada dihujung sekali). Ukuran saiz daun sekitar 1-2 cm lebar dan 2-4 cm panjang. Bahagian daun ini adalah bahagian paling penting pada tumbuhan untuk diambil dan digunakan. 

Pokok kari dewasa mempunyai bunga bersaiz kecil dengan kedudukannya didalam jambak bunga. Bunganya berwarna putih dan ia mengeluarkan bau harum yang kuat apabila kembang penuh. Bunga ini ada yang dikutip untuk dijadikan pelbagai tujuan tetapi apabila berlaku proses pendebungaan, maka pokok kari akan menghasilkan buah berbentuk buah berry kecil berbentuk bulat yang lazimnya berwarna kehitaman. Didalam buah tersebut terdapat beberapa biji halus yang dikatakan beracun dan tidak boleh dimakan. Biji ini boleh dikutip dan dijadikan benih untuk penanaman walau pun ia jarang-jarang dibuat sendiri dirumah. Lazimnya pembiakan pokok kari boleh dibuat dengan 'keratan batang' atau pun paling mudah dengan mengambil anak pokok yang terdapat disekeliling pokok kari. Kalau lebih mudah beli sahaja pokok kari yang dijual dipasar malam atau kedai nurseri yang berhampiran. Harga jualan anak pokok kari murah sahaja diantara RM 2.00 - RM 5.00 sepokok bergantung kepada saiz dan kualiti pokok yang dijual.


Daun kari yang matang boleh dipetik dengan mengambil setiap helai daun dan meninggalkan tangkai daun atau memotong sahaja pelepah daun yang terdapat pada pokok . Kita tidak perlu bimbang pokok kari akan mati apabila diambil dunnya kerana ia sejenis pokok yang lasak dan mudah tumbuh dahan dan ranting baru kalau pokok tersebut subur. Daun yang dipetik boleh terus digunakan dalam masakan atau tujuan lain tetapi jika kita hendak menyimpannya, sila masukkan daun tersebut didalam plastik jernih dan simpan dalam peti sejuk (Bahagian sayuran). Saya dapati ia boleh tahan melebihi 2 minggu dalam keadaan yang masih segar dan aroma yang kuat. Apakah masakkan yang sedap menggunakan daun kari?.... Sudah tentu masakan Kari Ayam, Kari Ikan, Kari Daging atau pelbagai jenis kari lain yang dimakan dengan nasi, roti canai atau pun roti bertambah enak dengan aromadari daun kari. Tanpa daun kari saya fikir hilang sedikit kelazatan gulai kari tersebut

 

Pokok KARI di taman mini herba Kosass dipantau oleh Puan Marlisha Binti Zaki 

Date of Input: 02/10/2019 | Updated: 02/10/2019 | zulkif

MEDIA SHARING

SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEVAAV~