ADWA (A Day With Alumni) | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » ADWA (A Day With Alumni)

ADWA (A Day With Alumni)

A Day with Alumni (ADWA) merupakan satu program perkongsian yang diadakan secara berkala untuk memberi pendedahan kepada pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) tentang cabaran dalam mencari kerjaya serta kehidupan selepas bergraduat. Oleh itu, Exco Alumni dan Kerjaya, Majlis Perwakilan Kolej (MPK) sesi 2020/2021, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSSAS) telah mengadakan program ADWA secara berkala. Program ini diadakan secara atas talian iaitu menggunakan platform Facebook Rasmi Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah. Program ini telah diatur oleh saudari Nur Qamarina Afifi selaku pengarah bagi program ADWA telah membuahkan hasil dengan jayanya. Program ADWA yang diadakan pada semester 1 sesi 2020/2021 telah dijalankan sebanyak empat siri. Iaitu ADWA 1.0, ADWA 2.0, ADWA 3.0 dan ADWA 4.0.
 
 
 
ADWA 1.0 telah diadakan pada 17 November 2020 di Facebook live KOSSAS. Tetamu yang dijemput merupakan alumni KOSSAS dan Kolej Kedua. Iaitu saudara Muhammad Norfarhan bin Norzaini dan saudara Harith Nur Nadzril bin Hassim. Topik tentang pengurusan masa menjadi topik pilihan kerana pengurusan masa merupakan satu aspek yang amat penting dalam kehidupan sebagai seorang pelajar. Saudara Muhammad Norfarhan menyatakan pendapat beliau bahawa beliau mengamalkan satu teknik yang dipanggil sebagai kotak pengurusan masa untuk membahagikan masa beliau dengan tugasan yang diterima. Walhal bagi saudara Harith Nur pula, beliau sentiasa mengutamakan tujuan beliau menuntut di universiti. Beliau menganggap bahawa pelajaran sentiasa menjadi keutamaan kepada beliau dalam apa jua keadaan. Berdasarkan perbincangan ini, para kolegiat dan penonton dapat menerima ilmu baru tentang pengurusan masa dan cara-cara yang efektif untuk membahagikan masa ketika menjadi seorang pelajar.
 
Seterusnya, ADWA 2.0 merupakan program kolaborasi antara KOSSAS dan Kolej Canselor. Program ini telah berlangsung pada 15 Disember 2020 di Facebook live KOSSAS serta YouTube live Kolej Canselor. Tetamu jemputan ialah Encik Mohd Rudzainy bin Osman merupakan alumni Kolej Canselor kelas 2012 serta Puan Shafidah binti Saad beliau juga merupakan alumni Kolej Canselor kelas 2012. Topic yang dibincangkan ialah The puzzle of being empowering leader. Topik ini membincangkan tentang peranan menjadi ketua dan bagaimana hendak membentuk seseorang individu menjadi seorang pemimpin. Menurut Encik Rudzainy, beliau mengatakan bahawa menjadi pemimpin yang bagus perlulah mempunyai pengalaman. Menjadi pemimpin bukanlah satu hal yang mudah, maka pengalaman menjadi faktor yang amat penting bagi membentuk sesorang menjadi pemimpin. Puan Shahidah pula memberi pendapat beliau bahawa pemimpin perlulah menunjukkan teladan yang baik dalam setiap perkara. Hal ini kerana, pemimpin merupakan contoh bagi anak buah mereka.
 
Pada 29 Disember 2020, ADWA 3.0 telah diadakan di Facebook live KOSASS dan dua orang tetamu jemputan telah dijemput. Iaitu Encik Azerai bin Azmi merupakan alumni kelas 2003 dan Puan Nurul Ain binti Ismail merupakan alumni Kolej Kedua kelas 2017. Topik yang dibincangkan ialah Student’s life: Between Education and Interest. Perbincangan ini membahaskan tentang pilihan kepada seorang pelajar antara pelajaran dan minat mereka. Encik Azerai menyatakan pendapat beliau, sebagai seorang pelajar, pelajar mestilah memilih bidang yang mereka minat untuk meneruskan pelajaran. Beliau juga menyatakan bahawa minat seseorang pelajar akan memberi impak kepada diri mereka serta pelajaran. Manakala bagi Puan Nurul Ain pula, beliau memberi pendapat bahawa seorang pelajar haruslah bijak dalam membahagi masa. Iaitu ketika meluangkan masa melakukan aktiviti yang mereka minat serta masa yag diluangkan untuk pelajaran. Melalui diskusi ini, kolegiat dapat mengetahui bahawa sebagai seorang pelajar, mereka haruslah peka bahawa tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar di Universiti dan pelajar haruslah bijak dalam menguruskan masa untuk diluangkan kepada minat mereka.
ADWA 4.0 merupakan program yang terakhir dijalankan di semester 1 sesi 2020/2021. Program ini dijalankan di Facebook live KOSSAS pada 12 Januari 2021. Panel yang dijemput ialah Encik Adi Yusmani bin Md Yusof merupakan alumni KOSSAS 2002 dan Encik Mohd Faridan Aziz @ Esa merupakan alumni KOSSAS 2002. Topik yang dibincangkan ialah Pengurusan Kewangan. Topik ini membahaskan tentang pengurusan kewangan yang pelajar perlu amalkan supaya tidak menyesal di kemudian hari. Kedua-dua panel memberi pendapat bahawa pelajar mestilah berbelanja dengan cermat. Pelajar mestilah sentiasa mengutamakan keperluan berbanding dengan kemahuan. Selain itu, mereka juga memberi pendapat bahawa seorang pelajar mestilah mempunyai usaha untuk belajar tentang ilmu kewangan seperti membaca buku-buku e-book ataupun buku yang dijual di pasaran. Melalui perbincangan ini, para kolegiat serta penonton dapat memperoleh sedikit maklumat tentang cara-cara mengurus kewangan sebagai seorang pelajar.
Secara konklusinya, program ADWA merupakan program yang berjaya kerana objektif program ini dapat dicapai dengan jayanya. Program ini juga memberi ruang kepada para kolegiat menimba ilmu baru supaya mereka dapat memperbaiki diri mereka dan menjadi pelajar yang berjaya. Oleh itu, kami berharap agar para penonton dan kolegiat dapat menghargai ilmu yang telah dikongsi dan mengaplikasikannya dengan baik pada masa yang akan datang.
Pengarah: Nur Qamarina bt Afifi
Editor: Nursyaidatul Syafira bt Mohd Saad

Tarikh Input: 08/02/2021 | Kemaskini: 08/02/2021 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEaVAM~