AGIHAN BUBUR LAMBUK IHYA’ RAMADAN AL-FALAH @ KOSASS 2024 | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » AGIHAN BUBUR LAMBUK IHYA’ RAMADAN AL-FALAH @ KOSASS 2024

AGIHAN BUBUR LAMBUK IHYA’ RAMADAN AL-FALAH @ KOSASS 2024

SERDANG, 21 Mac- Buat julung kalinya Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) menganjurkan Program Agihan Bubur Lambuk Ihya’ Ramadhan Al-Falah @ KOSASS 2024 yang dijalankan pada hari khamis.

Pengetua Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah, Profesor Madya Dr. Mohd Mursyid bin Arshad berkata, sebanyak 3 kawah bubur lambuk dimasak bermula jam 9 pagi sebelum diedarkan kepada staf dan pelajar KOSASS.

"Aktiviti agihan bubur lambuk ini merupakan acara tahunan yang wajib dibuat secara gotong-royong bersama kakitangan, felo, dan Majlis Perwakilan Kolej (MPK). Gotong-royong memasak bubur lambuk di ketuai oleh Encik Alfan Khalili yang juga merupakan ketua felo KOSASS.

Dalam pada itu, Pegawai Tadbir KOSASS, Nur Fazrina Ismail memaklumkan, penglibatan daripada semua staf, felo dan MPK dalam program tersebut dapat mengeratkan lagi ukhwah kami dan dapat membantu pelajar meringankan beban mereka untuk mencari juadah berbuka puasa. Bagi menghasilkan bubur lambuk kami menggunakan 15kilogram beras, 10kilogram daging dan 10kilogram ayam.

 

 

 

 

Tarikh Input: 09/04/2024 | Kemaskini: 09/04/2024 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEeDA5~