SERDANG,UPM- Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Kesatuan Mahasiswa, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) dan Pengurusan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) telah menganjurkan Malam Citra Kebudayaan KOSASS (MCKK) yang merupakan subprogram di bawah Mega Festival KOSASS (MEGA FESKOS) 2024. Program ini telah diadakan pada 29 April 2024 (Isnin) dari jam 8.30 malam hingga 11.30 malam bertempat di Dataran Merpati, KOSASS.
Menurut kata pengarah kepada subprogram ini, iaitu saudari Sarah Ainun Nisa binti Mohamad Hasni telah menyatakan bahawa tujuan program ini diadakan adalah untuk memantapkan serta memartabatkan lagi bidang kebudayaan di KOSASS. Kata beliau lagi, MCKK ini hanya berawal sebagai satu pertandingan teater pendek tetapi beliau ingin membuat pembaharuan pada tahun ini dengan memberi skop variasi yang lebih besar kepada para kolegiat bagi setiap blok untuk mencungkil bakat serta mempamerkan kreativiti mereka dalam menzahirkan mesej budaya mengikut tema yang telah ditetapkan.
Kehadiran para pelajar bagi program ini sangat memberangsangkan kerana telah dibanjiri dengan pelajar KOSASS sendiri mahupun pelajar dari kolej lain. 10 blok telah berentap untuk merebut gelaran juara. Para peserta juga sangat kreatif dalam memperagakan busana mereka serta mempersembahkan persembahan yang mantap.
Sangatlah diharapkan bahawa program seperti ini mampu untuk memberi perubahan ke arah yang lebih baik kepada kolegiat pada masa akan datang dengan memberi pendedahan budaya dari pelbagai bangsa sekaligus dapat mengukuhkan ikatan saudara serta kerjasama antara para pelajar.
Tarikh Input: 15/05/2024 |
Kemaskini: 15/05/2024 | zulkif
PERKONGSIAN MEDIA