ILMU, BUDAYA, JALINAN GLOBAL | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » ILMU, BUDAYA, JALINAN GLOBAL

ILMU, BUDAYA, JALINAN GLOBAL

 
 
 
    SERDANG, UPM - Program UTU International Student Mobility and Events 2024 berjaya diadakan dengan penuh inspirasi di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Universiti Putra Malaysia (UPM). Program mobiliti selama 10 hari ini berlangsung dari 6 hingga 15 Oktober 2024, bertujuan membina peluang pertukaran budaya dan kerjasama antarabangsa di antara pelajar UTU dan KOSASS, di samping memartabatkan budaya Malaysia kepada pelajar antarabangsa.
Program ini selaras dengan Kerangka Strategik (The True North of UPM) dalam teras yang keenam iaitu kesohoran peringkat global. Melalui program ini, pelajar yang terlibat diberi pendedahan dengan mengadakan program pemindahan ilmu, berkolaborasi antarabangsa dan meningkatkan keterlihatan mereka melalui saluran media. Ini sejajar dengan tiga domain dalam Teras Pengantarabangsaan iaitu pemindahan ilmu, rangkaian antarabangsa dan keterlihatan.
Menurut pengarah program, PK Ahmad Shamil bin Mohd Asri, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan termasuk lawatan ke muzium, sesi pembelajaran Bahasa Indonesia, dan aktiviti memasak makanan tradisional. Beliau juga berkata bahawa aktiviti-aktiviti ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang persamaan dan perbezaan antara budaya Malaysia dan Indonesia, sekaligus mengukuhkan hubungan persahabatan dan persefahaman antara pelajar kedua-dua negara.
Selain pertukaran budaya, program ini turut memperkenalkan pelajar kepada bidang agrikultur di UPM melalui lawatan ke ladang Farm Fresh UPM, Pusat Pertanian Putra, dan Projek Gempur Tani KOSASS (PGTK). Aktiviti lain seperti bola futsal, pengucapan awam, dan pengenalan projek FYP oleh pelajar UTU dan KOSASS juga diadakan bagi menyediakan ruang untuk kolaborasi dan perkongsian idea inovatif.
Program mobiliti Inbound KOSASS yang pertama kali dijalankan untuk sesi 2024/2025 ini bukan sahaja membina hubungan baik dalam kalangan pelajar, tetapi juga mendorong mereka untuk menjadi individu yang berilmu dan berbakti kepada UPM serta masyarakat pada masa akan datang.
 
 
 
 
 
 
 
Sekian, terima kasih.
"Pintar, Harmoni, Cemerlang"

Tarikh Input: 28/10/2024 | Kemaskini: 23/02/2026 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
F, (05:24:23pm-05:29:23pm, 19 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]