Johan Keseluruhan PESKON | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » Johan Keseluruhan PESKON

Johan Keseluruhan PESKON

 
 
 
KOSASS Johan Keseluruhan PESKON
 
MAJLIS PENUTUP PESTA KONVOKESYEN KE-47
Kelab Media Mahasiswa (KMM) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Akustika PESKON pada 1 Disember 2023 (Jumaat) bertempat di Pentas Utama, Pesta Konvokesyen, UPM. Akustika PESKON merupakan satu acara penutup bagi Pesta Konvokesyen ke-47.
Sepanjang PESKON ke-47, KOSASS telah menghantar beberapa pasukan bagi pertandingan-pertandingan interkolej yang telah dianjurkan sempena acara tersebut. Bagi Festival Nasyid Interkolej (FESNIK) pasukan dari KOSASS iaitu Syumul Ukhwah telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan. Manakala bagi Pertandingan Hero & Dewi UPM wakil dari KOSASS telah berjaya membawa pulang beberapa anugerah seperti Anugerah Dewi Got Talent Anugerah Hero Favourite UPM serta anugerah utama iaitu Dewi Remaja UPM. Tidak lupa juga KOSASS merangkul tempat Naib Johan bagi Putra Got Talent dan Mimpi Karya production dibawah kelab Sartural Fansuri yang telah memperoleh Tempat Ketiga Keseluruhan serta Anugerah Pelakon Lelaki terbaik bagi Green Drama Muzikal Interkolej (GDMI) 2023. Berkat usaha dan semangat dari warga KOSASS, KOSASS telah berjaya dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi PESKON.
Kejayaan ini turut diraikan oleh tuan pengetua, Prof. Madya. Dr. Mohd. Mursyid bin Arshad sebagai tanda terima kasih atas kejayaan yang diraih. Beliau berkata “Alhamdulillah, KOSASS dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan PESKON 2023. Syabas dan tahniah kepada semua peserta KOSASS yang menyertai dan memiliki semangat juang yang tinggi dan mendapat pencapaian yang cemerlang dalam setiap pertandingan.” Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian MPK sesi 2023/2024, serta felo penasihat dan alumni yang dapat bersama-sama membantu membimbing dan menjayakan program ini. “Tidak dilupakan juga barisan MPK, felo, pentadbiran serta pelajar-pelajar KOSASS yang telah menyokong bagi menjayakan PESKON 2023 dan menjadikan KOSASS sebagai juara.” sambung Prof. Madya. Dr. Mohd. Mursyid bin Arshad. Beliau berkata “Ini adalah merupakan sinergi ‘Youth-Adult Partnership’ iaitu keserakanan antara felo sebagai pembimbing dewasa dan pelajar sebagai golongan belia yang kita garapkan dalam Pembangunan Belia Positif untuk KOSASS.
Dengan adanya, kejayaan ini diharapkan agar kolegiat KOSASS mengambilnya sebagai contoh serta pembakar semangat untuk raih kejayaan agar dapat terus mengharumkan dan menaikkan nama KOSASS.

Tarikh Input: 04/12/2023 | Kemaskini: 04/12/2023 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXFCGAp~