KOSASS Soft Skills Training & Academic Appreciation Ceremony (KOSTAC) 3.0 | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » KOSASS Soft Skills Training & Academic Appreciation Ceremony (KOSTAC) 3.0

KOSASS Soft Skills Training & Academic Appreciation Ceremony (KOSTAC) 3.0

KOSASS Soft Skills Training & Academic Appreciation Ceremony (KOSTAC) 3.0 merupakan program berbentuk holistik yang merangkumi beberapa pengisian anjuran Sekretariat Akademik, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2021/2022 dengan kerjasama Pengurusan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah yang telah berlangsung bermula 17hb sehingga 19hb Disember 2021 secara dalam talian. Program KOSTAC 3.0 ini bertujuan untuk melahirkan pelajar serba boleh memiliki kemahiran insaniah yang tinggi untuk pembangunan modal insan. Bagi mencapai matlamat 1, dalam pelan strategik UPM 2021-2025 iaitu melahirkan watak graduan berdaya tahan dalam mendepani cabaran mendatang, KOSTAC 3.0 telah menyediakan beberapa pengisian program selari dengan matlamat tersebut. Pengisian program KOSTAC 3.0 yang telah dijalankan adalah seperti Malam Gemilang Akademik (MGA), KOSTAC Webinar Series: Strategies to Manage & Cope with Anxiety to Mitigate Stress, Bengkel Alatan Digital (Microsoft Word & Excel) dan KOSTAC Webinar Series: Winning Interviews with a Winning Resume.

 

KOSTAC 3.0 membuka tirai dengan upacara Malam Gemilang Akademik (MGA) yang dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid bin Arshad, Pengetua Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah pada 17hb Disember. MGA merupakan majlis apresiasi untuk menghargai dan meraikan pelajar yang berjaya mendapat keputusan akademik yang cemerlang pada semester kedua Sesi akademik 2020/2021. Anugerah yang diberikan ini diharapkan dapat membakar semangat penerima serta pelajar yang lain untuk lebih berusaha dalam meningkatkan prestasi mereka.

 

Seterusnya, KOSTAC 3.0 diteruskan dengan pengisian program KOSTAC ‘Webinar Series: Strategies to Manage & Cope with Anxiety to Mitigate Stress’ pada 18hb Disember yang disampaikan oleh Cik Dhena Doraisamy selaku panel penceramah. Webinar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kolegiat agar dapat menguruskan kegelisahan secara menyeluruh terutamanya pada era semasa dan pasca COVID-19.

 

Di samping itu, pengisian program Bengkel Alatan Digital (Microsoft Word & Excel) menyusul pada hari berikutnya iaitu pada 19hb Disember disebelah pagi. Bengkel ini disampaikan oleh Dr. Khairil Anas Md Rezali bagi Microsoft Word dan Dr. Zamir Aimaduddin Bin Zulkefli bagi Microsoft Excel. Bengkel ini bertujuan untuk mengukuhkan set kemahiran digital yang diperlukan oleh setiap pelajar untuk menuju Revolusi Industri 4.0 yang menekankan penggunaan teknologi.

KOSTAC 3.0 menutup tirainya dengan perisian program KOSTAC ‘Webinar Series: Winning Interviews with a Winning Resume’ iaitu pada 19hb Disember disebelah malam. Pengisian program ini disampaikan oleh panel jemputan daripada Xremo Sdn. Bhd. iaitu Cik Nor Adilatun Najwa Abdullah dan Cik Cherry Chin. Untuk makluman, Xremo merupakan sebuah agensi pekerjaan yang profesional dan amat berpengalaman dalam membantu graduan baru untuk 

menceburi alam pekerjaan. Program ini bertujuan untuk memberikan persediaan dan pendedahan yang menyeluruh kepada kolegiat dalam kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menjejak ke alam pekerjaan yang semakin mencabar.

Secara konklusinya, pengisian program Malam Gemilang Akademik (MGA), KOSTAC ‘Webinar Series: Strategies to Manage & Cope with Anxiety to Mitigate Stress’, Bengkel Alatan Digital (‘Microsoft Word & Excel’) dan KOSTAC ‘Webinar Series: Winning Interviews with a Winning Resume’ di bawah  KOSTAC 3.0 telah mencapai objektif-objektif yang telah digariskan dengan menjadi medium untuk memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar bagi melengkapkan diri mereka dengan kemahiran yang tidak dapat diperoleh dalam kelas pembelajaran. Kemahiran ini penting untuk melahirkan insan yang berdaya tahan dan mampu menyelesaikan masalah secara kreatif dan kritis bagi menghadapi peralihan negara ke era Revolusi Industri (IR) 4.0 termasuk Internet Pelbagai Benda (IoT).

 

Pengarah: Ong Pei Qi

Penyunting: Nurdina Binti Azmi

Tarikh Input: 21/01/2022 | Kemaskini: 21/01/2022 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEZIAn~