MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN SARTURAL FANSURI SESI 2021/2022 | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN SARTURAL FANSURI SESI 2021/2022

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN SARTURAL FANSURI SESI 2021/2022

 

 

 

Majlis Watikah Pelantikan Sartural Fansuri Sesi 2021/2022 merupakan program anjuran Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) dengan kerjasama Pengurusan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah yang telah berlangsung pada 8 November 2021 (Isnin) secara dalam talian. Program ini menerima penyertaan daripada Ahli Jawatankuasa Sartural Fansuri Sesi 2021/2022 dan kolegiat KOSASS.

 

Majlis Watikah Pelantikan Sartural Fansuri Sesi 2021/2022 dimulakan dengan bacaan doa dan sesi ucapan oleh para tetamu kehormat. Dalam ucapan yang disampaikan oleh Pengetua KOSASS, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid bin Arshad, beliau menyampaikan hasrat dan harapan beliau terhadap barisan Ahli Jawatankuasa Sartural Fansuri Sesi 2021/2022 agar dapat menerajui Sartural Fansuri dengan cemerlang serta mengharumkan nama KOSASS.

 

Seterusnya, perasmian logo baharu Sartural Fansuri juga telah berlangsung diikuti dengan Penyampaian Watikah Pelantikan Sartural Fansuri Sesi 2021/2022. Majlis ini turut diserikan lagi dengan persembahan nyanyian dan tarian tradisional dan moden oleh ahli Sartural Fansuri Sesi 2020/2021.

 

Majlis ini telah mendapat sambutan yang baik oleh kolegiat KOSASS. Maklum balas yang diterima daripada kalangan peserta juga adalah positif kerana peserta dihidangkan dengan pengisian program serta persembahan yang menarik. Program ini diharapkan dapat menjadi platform dalam membentuk mahasiswa yang bertanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas di samping bersama-sama berusaha untuk mengetengahkan lagi bidang kebudayaan dan kesenian melalui penglibatan mereka dalam pelbagai aktiviti yang bakal dianjurkan oleh Sartural Fansuri kelak.

Tarikh Input: 22/11/2021 | Kemaskini: 22/11/2021 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEaKAN~