MASEB 2.0 | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » MASEB 2.0

MASEB 2.0

Pada 13 November 2021 yang lalu, telah diadakan Malam Apresiasi Semai Budi 2.0 (MASEB 2.0). MASEB 2.0 merupakan majlis yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2021/2022. Majlis ini diadakan dengan tujuan utamanya untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada para graduan KOSASS Kelas 2021 yang telah banyak menyumbang jasa sepanjang mereka bergelar mahasiswa di KOSASS. Majlis ini merupakan majlis tahunan kolej yang menerapkan konsep "Seribu Kenangan, Terukir Sebuah Senyuman" dengan bertemakan Pastel Flora di mana pada kebiasaannya majlis ini dijalankan secara bersemuka, namun disebabkan wabak pandemik COVID-19, majlis ini telah dijalankan secara dalam talian.

 

Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan pengerusi majlis dan seterusnya ucapan daripada pengarah majlis, wakil graduan Kelas 2021, Pengetua KOSASS dan Perasmi MASEB 2.0. MASEB 2.0 ini telah dirasmikan oleh Dato' Setia Salehuddin bin Saidin, Pemilik Firma Guaman, Tetuan Salehuddin Saidin & Associates. Majlis ini telah menyenaraikan beberapa anugerah kepada para graduan Kelas 2021. Antara anugerah yang ada termasuklah, Anugerah Alumni, Anugerah Baiduri, Anugerah Berlian, Anugerah Zamrud, Anugerah Nilam, Anugerah Khas Pengetua dan Anugerah Permata KOSASS. Anugerah Permata KOSASS iaitu anugerah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua tetamu telah disandang oleh Lt. M. Eddy Irwan bin Sidek. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapara makan sirih yang menjadi simbolik majlis ini.

 

Malam Apresiasi Semai Budi 2.0 (MASEB 2.0) ini telah berjaya untuk mencapai objektif-objektif yang telah digariskan. Majlis ini telah berjalan dengan lancar menggunakan platform Zoom Meeting dan disiarkan secara langsung menerusi YouTube rasmi KOSASS, KOSASS Channel. Walaupun dijalankan secara dalam talian, majlis ini masih disambut hangat oleh para kolegiat KOSASS yang menonton melalui YouTubbe. Secara keseluruhannya, majlis ini telah berlangsung dengan jayanya dan majlis seperti ini perlu diteruskan lagi pada masa hadapan supaya lebih ramai kolegiat KOSASS dapat diberikan penghargaan untuk segala jasa dan bakti yang disumbangkan kepada KOSASS.

 

Pengarah: KSJN Muhammad Mustaqhim bin Alias

Penyunting: Muhammad Muzhaffar Syah bin Azmi

Tarikh Input: 16/12/2021 | Kemaskini: 16/12/2021 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXDdBAx~