Merentas Kampus SUKPRA Sesi 2023/2024 | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » Merentas Kampus SUKPRA Sesi 2023/2024

Merentas Kampus SUKPRA Sesi 2023/2024

 
 
 
 
 
Kejohanan Sukan Kolej Universiti Putra Malaysia (SUKPRA) merupakan kejohanan interkolej yang diadakan setiap tahun di Universiti Putra Malaysia (UPM). Merentas kampus SUKPRA bagi sesi 2023/2024 telah diadakan pada 19 November 2023 (Ahad) bertempat di Akademi Sukan, UPM. Merentas Kampus merupakan acara tahunan di mana pelajar-pelajar antara kolej akan bersaing dengan berlari di sekitar kampus. Acara ini telah dihadiri oleh Yang Berbahagia, Prof. Dr. Arifin bin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia.
 
 
Peserta Merentas Kampus KOSASS telah berjaya dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Kategori Wanita serta Naib Johan Keseluruhan Kategori Lelaki dalam acara Merentas Kampus SUKPRA. Kejayaan ini telah mengembalikan semula kegemilangan KOSASS yang telah lama tidak dikecapi sekali gus telah membuktikan semangat perjuangan kolegiat KOSASS dalam mengharumkan nama KOSASS. Tahniah juga diucapkan kepada kolegiat KOSASS yang berjaya mendapat tempat 10 teratas bagi kategori lelaki iaitu saudara Tang Zi Yang di tempat ke-10, saudara Frasier di tempat ke-9 dan Muhd Fariz di tempat ke-7.
 
KOSASS telah menghantar seramai 520 orang peserta untuk menyertai acara tersebut. Jarak larian bagi kategori lelaki adalah sejauh 8.5 km manakala jarak larian bagi kategori wanita adalah sejauh 6 km. Peserta Merentas Kampus KOSASS bagi kategori wanita telah berjaya mengumpul mata sebanyak 331 sehingga digelar Juara Keseluruhan Kategori Wanita. Manakala, peserta bagi kategori lelaki yang telah mendapat Naib Johan Keseluruhan Kategori Lelaki dengan mata sebanyak 388.
Dengan adanya pencapaian ini, diharapkan kolegiat KOSASS dapat mengekalkan semangat berdaya saing dalam diri agar dapat mengharumkan lagi nama KOSASS bagi acara sukan yang akan berlangsung pada masa akan datang.
Ikuti hebahan kami, follow, like & share di
 
 
 
 
 
Sekian, terima kasih.
"Pintar, Harmoni, Cemerlang"
Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah
Sesi 2023/2024

Tarikh Input: 20/11/2023 | Kemaskini: 20/11/2023 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXFCCAc~