MINGGU PERKASA PUTRA 2018 | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » MINGGU PERKASA PUTRA 2018

MINGGU PERKASA PUTRA 2018

2 SEP, UPM SERDANG - Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah BERJAYA untuk menyambut seramai 152 orang pelajar baharu pada hari pendaftaran, Minggu Perkasa Putra (MPP) 2018, anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM.

Program Minggu Perkasa Putra 2018 ini merupakan aktiviti tahunan khusus Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM, dengan kerjasama kesemua kolej kediaman, untuk memberi pendedahan kepada penuntut baru berkenaan kehidupan dan pembelajaran di kolej kediaman universiti awam itu.

Hampir seramai 4,000 orang pelajar baharu yang telah ditempatkan di 17 kolej kediaman UPM itu menyertai Program MPP yang bertemakan ‘We Love UPM’ ini mengikuti pelbagai modul yang menerapkan pelbagai nilai kemahiran insaniah berguna bagi seorang mahasiswa misalnya kemahiran komunikasi, kerjasama dan kepemimpinan.

"Saya bangga sebagai pelajar baharu UPM" kata Muhammad Haziq, salah seorang pelajar baharu Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah, UPM. Menurut katanya, program ini telah berjaya untuk memupuk dan menyemai semangat kekitaan, kekeluargaan serta menyayangi universiti sebagai tempat menuntut ilmu.

Dengan berbesar hatinya, UPM juga mencipta sejarah, dengan munculnya sebagai universiti awam pertama yang menggunakan kad matrik maya, dengan kelengkapan fungsi barcode untuk internet banking, QR code untuk identiti pelajar, serta iCOME untuk pengambilan sebarang kehadiran program. 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 06/09/2018 | Kemaskini: 06/09/2018 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEaUAw~