PENJURIAN PERINGKAT SARINGAN PERTANDINGAN SUDUT BACAAN KOSASS | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » PENJURIAN PERINGKAT SARINGAN PERTANDINGAN SUDUT BACAAN KOSASS

PENJURIAN PERINGKAT SARINGAN PERTANDINGAN SUDUT BACAAN KOSASS

2 Oktober 2019 - Penjurian Peringkat Saringan Sudut Bacaan Read@Uni UPM 2019 di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) telah berlangsung pada jam 11 pagi. Penjurian terbahagi kepada 7 kriteria penilaian iaitu Nama Sudut, Ruang, Bahan Bacaan, Konsep, Kepelbagaian Sumber atau Bahan Bacaan, Ulasan Bahan, dan Kreativiti dan Inovasi. Kesemua kriteria tersebut merangkumi 100 markah keseluruhan. Penjurian dimulai dengan ulasan yang dibentangkan oleh Puan Hajah Kalthom Abu Bakar selaku Ketua Sudut Bacaan KOSASS. Penjurian berjalan dengan lancar dan mengambil masa selama 1 jam.

 

Sudut Bacaan KOSASS yang terletak di laluan strategik berdekatan dengan laluan utama kolej iaitu besebelahan ruang perbincangan pelajar (Gazebo Peladang). Sudut Bacaan KOSASS juga dikenali sebagai 'BELANTARA ILMU' mulai digunakan oleh warga KOSASS sejak 1 September 2019 sebagai ruang membaca dan mengulangkaji pelajaran. Belantara Ilmu kebiasaannya dipenuhi oleh pelajar pada waktu malam kerana kedudukannya yang startegik dan selesa sebagai tempat menuntut ilmu sesuai dengan nama yang diberi iaitu Belantara Ilmu.

Keadaan Sudut Bacaan KOSASS pada waktu malam.

Tarikh Input: 05/10/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEUTA7~