PERTANDINGAN FAIRY GARDEN | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » PERTANDINGAN FAIRY GARDEN

PERTANDINGAN FAIRY GARDEN

25 Oktober 2018 - Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) antara salah satu daripada keseluruhan Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang menyertai pertandingan “Fairy Garden” yang dijalankan sepanjang berlangsungnya Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen Universiti Putra Malaysia Kali Ke-42.

 

Bersama dengan kakitangan yang bertungkus-lumus menyiapkan Fairy Garden.

*En. Zulkifli Sulaiman (tiada dalam gambar)

 

Seluruh Staf KOSASS yang bekerjasama dalam menghasilkan Fairy Garden. Ucapan terima kasih yang tak terhingga buat Tuan Pengetua & Pengurus yang banyak memberikan sumbangan dan dorongan sepanjang menyiapkan Fairy Garden ini.

 

Fairy Garden yang diberikan nama sebagai Taman Terapeutik Fantasia ini memberikan ketenangan dan kedamaian dengan bunyi kicauan burung, air terjun dan tumbuhan yang menghijau lagi segar. Fairy Garden ini juga mempunyai spesies kaktus berbunga yang jarang ditemui, iaitu Stapelia gigantea.  Dengan izin Allah, pada hari penilaian tersebut, bunga kaktus itu kembang mekar dan menarik perhatian ramai orang yang berkunjung ke Pameran Pertandingan Fairy Garden.

 

 

Tarikh Input: 31/10/2018 | Kemaskini: 08/09/2019 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
BUKbKA:10:38