PROGRAM HARI KITAR SEMULA KOSASS | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » PROGRAM HARI KITAR SEMULA KOSASS

PROGRAM HARI KITAR SEMULA KOSASS

Program Hari Kitar Semula KOSASS (HKSK) yang telah dianjurkan oleh kelab KOSASS Youth Volunteering Club (KYVC), Sekretariat Sukarelawan dan Teknologi Hijau, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2022/2023 dengan kerjasama Pengurusan KOSASS. Program yang berkonsepkan amalan kelestarian ini telah dijalankan secara berkala pada hari Ahad setiap minggu sepanjang semester sesi 2022/2023.

Pada sesi pertama sesi 2022/2023, program ini telah diadakan secara fizikal di Gimnasium Kenyalang, KOSASS B manakala pada sesi kedua pula, Hari Kitar Semula KOSASS diadakan di Recycling Centre@KOSASS. Recycling Centre@KOSASS tersebut merupakan tajaan daripada syarikat Coca Cola bersama Professor Dr. Ahmad bin Ismail dan Dr. Nurul Izza binti Ab. Ghani. Penglibatan bagi Hari Kitar Semula KOSASS adalah terbuka kepada semua kolegiat KOSASS dimana mereka digalakkan untuk memberi barang-barang terpakai yang boleh dikitar semula. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada kolegiat KOSASS tentang kepentingan aktiviti kitar semula kepada alam sekitar. Selain itu, program ini juga dapat mendidik kolegiat KOSASS supaya menjadi seorang yang berdisiplin dengan tidak membuang barangan kitar semula sama seperti sampah industri yang lain.

Kaunter kitar semula dibuka bermula jam 8 pagi sehingga jam 11 pagi dan dua orang wakil ahli jawatankuasa daripada kelab KOSASS Youth Volunteering Club akan bertugas setiap minggu. Antara barang-barang terpakai yang boleh diterima untuk dikitar semula adalah seperti surat khabar, kertas, kotak, botol plastik, tin aluminium dan sebagainya. Setiap kolegiat yang menyumbang barangan kitar semula akan diberikan merit kolej bergantung kepada jumlah barangan yang diberi. Manakala, AJK yang bertugas dikehendaki untuk mengasingkan setiap barangan mengikut kategori kertas, plastik dan aluminium. Pada tarikh 16 Jun 2023 (Jumaat) kesemua barangan yang dikumpul telah dihantar ke Alam Flora, Putrajaya iaitu pusat kitar semula untuk dijual. Hasil pulangan daripada barangan yang dikumpul tersebut telah mendapat sebanyak RM84.50.

Secara keseluruhan, program ini telah mendapat sambutan yang amat positif bukan sahaja daripada kolegiat KOSASS sahaja malahan daripada pihak luar iaitu syarikat Coca Cola kerana telah memberi sumbangan kepada KOSASS iaitu sebuah kabin untuk pengumpulan barangan kitar semula yang dinamakan Recycling Centre@KOSASS . Usaha dalam memupuk semangat kelestarian dalam kalangan mahasiswa juga berjaya diketengahkan melalui program ini. Semoga program Hari Kitar Semula KOSASS ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dan semoga nilai kelestarian dapat terus dipupuk dan dikekalkan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Putra Malaysia.

 

Gambar 1. Poster Program Hari Kitar Semula KOSASS.

 

 

Gambar 2. Recycling Centre@KOSASS yang ditaja oleh syarikat Coca Cola.

 

 

Gambar 3. Wakil AJK kelab KYVC menjaga kaunter kitar semula.

 

 

Gambar 4. AJK yang bertugas mengasingkan barang kitar semula mengikut kategori.

 

 

Gambar 5. Kolegiat menyerahkan botol plastik kepada AJK yang bertugas

Gambar 6. Kolegiat beratur di luar Recycling Centre@KOSASS untuk menyerahkan barangan kitar semula.

 

 

 

Tarikh Input: 27/06/2023 | Kemaskini: 27/06/2023 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXFCEAN~