Program Sponsorship Talk | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » Program Sponsorship Talk

Program Sponsorship Talk

SERDANG, 3 NOVEMBER - Sekretariat Pendanaan dan Kebajikan, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2022/2023 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah telah mengadakan satu program yang dikenali sebagai program Sponsorship Talk. Program ini berlangsung selama lebih kurang 3 jam yang dihadiri oleh penceramah jemputan, barisan felo, barisan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) dan juga kolegiat bertempat di Dewan Kenyalang, KOSASS. Program Sponsorship Talk diadakan adalah bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan khususnya kepada kolegiat tentang cara untuk mendapatkan pendanaan atau modal sekiranya ingin menjalankan sesuatu program. Hal ini bermakna, dana memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah program kerana setiap dana yang dikutip itulah yang akan menggerakkan program tersebut sehingga ke penghujungnya. Selain itu, program ini turut memberikan pendedahan berkaitan dengan strategi pendekatan yang boleh digunakan oleh pemohon untuk mendapatkan dana daripada pihak penaja yang telah disenarai pendek. Semasa program ini berlangsung, terdapat pelbagai perkongsian yang telah diberikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Husalshah Rizal bin Hussian kepada warga KOSASS. Antaranya ialah semasa ditanya tentang apakah cara atau kaedah pendekatan yang terbaik untuk memohon dana dengan syarikat yang telah dipilih, beliau menjawab pemohon perlu mempunyai tema yang sesuai dalam membuat kertas kerja. Seterusnya, pemohon juga disarankan untuk tidak memohon dana secara langsung semasa berjumpa tetapi memulakan langkah dengan mengadakan sedikit sesi meet and greet. Hal ini sudah tentu dapat menjamin bahawa pihak penaja berminat untuk memberikan pendanaan bagi program yang ingin dijalankan. Tambahan pula, Encik Shah turut sempat memperkenalkan satu term yang biasa digunakan dalam dunia perniagaan iaitu Return Of Investment (ROI) yang mana ia merupakan pulangan pelaburan yang menjadi titik tolak dalam mengelakkan program bertukar menjadi rugi. Kesimpulannya, program ini sememangnya banyak memberi manfaat kepada kolegiat yang hadir kerana mereka berpeluang untuk peka berkaitan prosedur terbaik dalam mendapatkan dana semasa menganjurkan sesuatu program pelajar di universiti. Oleh itu, menerusi aktiviti ini juga diharapkan agar kolegiat dapat memanfaatkan ilmu dan nasihat yang diberikan supaya dapat digunakan dengan sebaiknya bagi melahirkan mahasiswa yang bijak dalam mendapatkan pendanaan yang mempunyai nilai dan kualiti yang tinggi. Pengarah : Irina Erliana Penyunting : Nur Afiana Binti Paranrangi

Tarikh Input: 29/11/2022 | Kemaskini: 29/11/2022 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXDdTAF~