SENADA PUTRA 11 | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » SENADA PUTRA 11

SENADA PUTRA 11

 

 

Pelajar Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Universiti Putra Malaysia, UPM Aleesa Maisarah binti Mohd Naguib meraih naib johan pada program Senada Putra 11 bertemakan “Suara Putraku” yang berlangsung di Panggung Percubaan dan anjuran Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia pada 14 Disember 2022. Program Senada Putra ini bertujuan menonjolkan bakat pelajar dan warga UPM dalam bidang nyayian dan muzik.

Beliau yang selesa disapa Aleesa merupakan pelajar tahun satu Bachelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua dengan Kepujian, Fakulti Pengajian Pendidikan telah bersaing dengan tujuh orang peserta yang hebat dalam merebut gelaran johan dan naib johan dalam prgram ini.

Aleesa telah membawa lagu Inggeris bertajuk Easy On Me yang telah dipopularkan oleh penyayi Adele telah berjaya mencungkil bakatnya melalui program ini. Beliau sangat meminati bidang nyayian dan ingin mencabar diri sendiri untuk menjadi lebih berani apabila berhadapan di khalayak ramai.

 

 

Tarikh Input: 15/12/2022 | Kemaskini: 15/12/2022 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEaNA5~