TAKLIMAT KESELAMATAN KOLEJ 2022 | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » TAKLIMAT KESELAMATAN KOLEJ 2022

TAKLIMAT KESELAMATAN KOLEJ 2022

 

 

Sekretariat Integriti dan Perpaduan, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2022/2023 dengan kerjasama Pengurusan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah telah menganjurkan Taklimat Keselamatan Kolej 2022. Taklimat ini telah berlangsung pada 16 November 2022 dan dijalankan secara dalam talian melalui YouTube KOSASS CHANNEL. Program ini juga menyasarkan penyertaan dalam kalangan kolegiat Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS).

 

 

 

Taklimat Keselamatan Kolej 2022 yang disampaikan oleh Puan Nur Fazrina binti Ismail, Pegawai Tadbir Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada warga kolej mengenai langkah-langkah untuk menyelamatkan diri semasa berlaku kebakaran di kolej. Selain itu, ianya juga adalah sebagai langkah awal agar warga kolej sentiasa bersedia untuk menghadapi situasi kebakaran pada masa akan datang. Di samping itu, tatacara urusan jika pelajar dijangkiti COVID-19 juga diterangkan supaya semua pelajar cakna tentang tindakan yang perlu diambil jika didapati positif COVID-19.

 

 

 

Program ini telah mendapat sambutan yang baik di kalangan kolegiat KOSASS serta maklum balas yang diterima juga adalah positif. Hal ini kerana Taklimat Keselamatan Kolej 2022 ini telah diisi dengan info yang padat dan bermanfaat buat warga KOSASS. Diharapkan program Taklimat Keselamatan Kolej 2022 ini menjadi satu medium yang baik untuk menambah pengetahuan dalam langkah-langkah menyelamatkan diri sekiranya berlaku kecemasan di kawasan kolej. Secara tidak langsung, pelajar juga akan menjadi lebih peka dengan situasi di sekeliling mereka dan dapat mewujudkan sikap bekerjasama antara warga kolej ketika menghadapi situasi yang berbahaya.

Tarikh Input: 14/12/2022 | Kemaskini: 14/12/2022 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEYUAc~