UPM @ WE REACH FOR YOU 2.0 (UPM @ WRFY 2.0) | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » UPM @ WE REACH FOR YOU 2.0 (UPM @ WRFY 2.0)

UPM @ WE REACH FOR YOU 2.0 (UPM @ WRFY 2.0)

UPM @ WE REACH FOR YOU 2.0 (UPM @ WRFY 2.0) merupakan satu forum kesukarelawanan   anjuran   Sekretariat    Sukarelawan   dan   Teknologi   Hijau,   Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2021/2022 dengan kerjasama Pengurusan KOSASS, Bahagian        Hal    Ehwal     Pelajar (BHEP), Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Canselor (KC), Kolej Tun Dr Ismail (KTDI), Kolej Pendeta Za’ba (KPZ), Kolej Tiga Belas (K13), Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Persatuan Cinta Gaza Malaysia (PCGM) dan Global Peace Mission Malaysia (GPMM). Menyedari akan kejayaan program UPM @ WE REACH FOR YOU yang lalu, Sekretariat Sukarelawa dan Teknologi Hijau, MPK KOSASS dengan sukacitanya membawa kembali program ini bermula 20 November sehingga 4 Disember 2021. Dengan terus mengekalkan konsep yang sama iaitu kesukarelawanan, program UPM @ WRFY 2.0 menjemput para panel dalam kalangan aktivis kemanusiaan yang sangat hebat untuk berkongsi pengalaman mereka serta berinteraksi dengan para peserta melalui sesi soal jawab.

Sesi pertama program UPM @ WRFY 2.0 telah berlangsung pada 20 November 2021 dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid bin Arshad, Pengetua Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah. Bertemakan Cahaya Sukarelawan: Mengukir Seribu Satu Senyuman, sesi pertama dihadiri oleh panel jemputan daripada Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) iaitu Encik Faisal Syafiq Azammuddin telah menjadi satu batu loncatan buat para penonton untuk memberikan perhatian kepada aktiviti-aktiviti kesukarelawanan yang dijalankan di Malaysia.

Pada 27 November 2021, sesi kedua bagi perkongsian para aktivis kemanusiaan telah berjaya dilangsungkan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Cinta Gaza Malaysia iaitu Tuan Nadir Al-Nuri. Beliau yang berkhidmat dan berbakti di bumi Gaza selama hampir 10 tahun, telah menarik perhatian para penonton melalui pengalamannya sebagai seorang sukarelawan, pelajar dan pengasas sebuah organisasi.

Sebelum program UPM @ WRFY 2.0 melabuhkan tirainya, sesi ketiga yang dihadiri oleh Encik Ahmad Fahmi Samsudin daripada Global Peace Mission Malaysia (GPMM) sebagai panel jemputan telah diadakan pada 4 Disember 2021. Dengan tema Volunteerism: Untold Story of Unsung Heroes, sesi perkongsian program yang terakhir ini telah membuka mata para penonton tentang pengorbanan para sukarelawan kita yang terus mengerahkan tenaga dan masa walaupun sedang berada dalam musim pandemik Covid-19 yang masih belum temu penghujungnya.

Secara kesuluruhan, program UPM @ WE REACH FOR YOU 2.0 telah mendapat sambutan yang positif daripada mahasiswa Universiti Putra Malaysia. Menerusi program ini, objektif untuk membina semangat kesukarelawanan dalam diri mahasiswa juga tercapai. Semoga program UPM @ WE REACH FOR YOU ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan secara berkala dengan penganjuran yang lebih hebat dan luar biasa bagi menguar-uarkan lagi kesedaran tentang aktiviti kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa institusi pendidikan tinggi serta orang awam.

Tarikh Input: 16/12/2021 | Kemaskini: 16/12/2021 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEUKAt~