PENGENALAN | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» MENGENAI KAMI » PENGENALAN

PENGENALAN

KOSASS merupakan kolej kediaman yang menempatkan anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES). Walau bagaimanapun, terdapat juga pelajar-pelajar awam yang turut ditempatkan di KOSASS.

Pentadbiran KOSASS diketuai oleh Lt. Kdr. Prof Madya Gs Dr Hasmadi bin Ismail PSSTLDM sebagai pengetua, dibantu oleh pengurus kolej, Pn. Hjh. Kalthom Binti Abu Bakar, berserta dengan 6 orang staf sokongan.

KOSASS mempunyai 6 buah bangunan merangkumi sebuah bangunan pentadbiran dan 5 buah blok kediaman. Blok kediaman di KOSASS pula terdiri daripada 2 blok pelajar lelaki : Blok Napuh dan Blok Pelanduk, dan 3 blok pelajar perempuan : Blok Rusa, Blok Kijang dan Blok Seladang.

Terdapat banyak kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kolej untuk aktiviti para pelajar. Antaranya ialah Balai Minda, Balai Rahmat, Dewan Jauhari, gelanggang futsal, gelanggang bola tampar, gelanggang bola jaring dan juga Medan Intelektual. Selain itu, terdapat juga koperasi dan kafeteria yang menjadi tempat untuk pelajar membeli barang keperluan harian dan makan.

Untuk mendapat status yang paling baru dikemaskini, lawatilah Facebook kami... ...

 .

 

Kemaskini:: 17/06/2019 [zulkif]

PERKONGSIAN MEDIA

SXETSAd~