Asam belanda, asam susur, asam paya, asam keling atau rosel (bahasa Inggeris: roselle, nama botani: Hibiscus sabdariffa) merupakan spesies tumbuhan daripada genus Hibiscus yang sama dengan bunga raya. Tumbuhan ini berasal dari Afrika kemungkinan besarnya Afrika Barat. Ia mula diperkenalkan di Hindia Barat dan Asia sejak lebih tiga kurun yang lampau.
Pokok asam belanda boleh mencapai ketinggian sehingga 3–5 meter serta mengeluarkan bunga hampir sepanjang tahun. Helai daunnya mempunyai 3 hingga 5 lekuk, panjangnya 8–15 sm (3–6 in) dan disusun berselang-seli pada batang.
Bunga asam belanda berwarna cerah, salut bunganya berwarna merah gelap dan lebih tebal jika dibandingkan dengan salut bunga raya biasa. Salut ini boleh dimakan di mana ia mempunyai rasa yang amat masam.
Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan makanan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman asam belanda. Di Sudan, salut bunga asam belanda diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan karkadeh (Arab: كركديه) dan merupakan minuman kebangsaan negara tersebut.
Biji asam belanda dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak tertentu.
Daunnya dijadikan sayur dalam masakan orang Senegal seperti thieboudienne. Orang Senegal mengambil sayur ini sebanyak |700 tan (770 tan pendek) setahun. Daun asam belanda juga sayur paling digemari di Myanmar yang dinamakan chin baung (ချဉ်ပေါင်); chin baung digoreng dengan bawang putih atau udang dan cili hijau atau dimasak dengan ikan.
Daun dan batang muda asam belanda boleh juga dimakan sebagai ulam atau salad dan juga sebagai perisa di dalam kuah kari. Di Vietnam, daun dan batang muda digunakan dalam masakan sup ikan atau belut.
Orang India menggunakan batang pokok asam belanda sebagai bahan serat membuat tali.
Pokok asam belanda adalah sejenis pokok yang mudah ditaman. Cara penanamannya dengan menggunakan biji benih yang kering kemudian disemai. Pokok asam belanda juga boleh tumbuh daripada biji atau keratan batang.
Satu pokok boleh mengeluarkan buah yang banyak. Pokok ini jenis bercabang-cabang serta tahan lama. Cara penjagaanya pula amatlah mudah jika cuaca panas ia memerlukan banyak air, dan pembajaannya adalah setengah bulan sekali.
Tarikh Input: 09/02/2023 | Kemaskini: 14/02/2023 | zulkif
KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN.