Bahaya Guna Peralatan “High Amp” Serentak Di “Extension Plug”. | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» ARTIKEL » Bahaya Guna Peralatan “High Amp” Serentak Di “Extension Plug”.

Bahaya Guna Peralatan “High Amp” Serentak Di “Extension Plug”.

 
  
 
 
 
 
BAHAYA - short circuit atau lintar pintas boleh menyebabkan kebakaran.
 
Hampir semua bilik asrama mempunyai sambungan plug untuk mengalirkan arus elektrik terutamanya pada barangan elektronik. Sebagai contoh, desktop, laptop, mengecas handphone, power bank dan banyak lagi.
 
Tahukah anda perbuatan memasang plug sambungan tambahan atau extension plug yang berlebihan(overload) boleh meningkatkan risiko kebakaran.
 
Jika anda pasang banyak seperti dalam gambar tetapi hanya digunakan secara serentak semuanya untuk mengecas power bank, handphone atau di gunakan untuk peralatan yang setiap satunya tidak melebihi 1Amp (ringan) dan tidak kekal ON sepanjang hari, ia tak ada masalah besar kerana soket plug itu boleh menahan beban maksima sehingga 13 Amp.
 
Tapi keadaan akan berisiko bila kita menggunakan peralatan yang high amp secara serentak dalam semua socket extension. Seperti cerek air (8 amp), periuk nasi (8 amp), seterika (5 amp),  portable airconditioning 1.5 Hp (5.5 amp) & lain-lain.
 
Sepatutnya MCB C20 akan Tripp kerana Overload. Tetapi banyak bilik menggunakan DB Automatik jenis murah dan agak berkualiti rendah. Jadinya MCB murah tersebut tidak tripp walaupun amp telah overloading.
 
Kabel akan semakin panas, soket plug akan cair, penebat kabel mula pecah dan terjadilah litar pintas (short circuit).
 
Cut Out (fius luar di meter) di bypass dengan wayar tembaga tebal dan tidak putus. Kabel mula terbakar lalu membakar kayu rangka bumbung dan dalam masa beberapa minit bahagian bumbung akan marak api lalu berlakulah kebakaran akibat litar pintas.
 
Apakah tiga tanda amaran litar elektrik terlampau beban (current overload)?
1. Lampu yang berkelip atau malap, terutamanya apabila anda menghidupkan suis peralatan elektrik.
2. Bunyi berdengung (buzzing) dari soket atau suis. Penutup soket atau suis akan menjadi hangat apabila disentuh.
3. Bau terbakar dan kesan asap hitam dari kepala soket atau suis.
Penyelesaian terbaik : Upgrade DB dan tambah lagi point baru untuk penggunaan jangka masa panjang.
 
 
Sumber gambar : Google.
Sumber rujukan perenggan 5,6 : Unknown.

Tarikh Input: 19/09/2022 | Kemaskini: 19/09/2022 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEUEAa~