Bunga Telang | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» ARTIKEL » Bunga telang

Bunga telang

 

Bunga telangkembang telangkacang telang atau bunga biru (nama saintifik: Clitoria ternatea) ialah spesies tumbuhan kekacang yang mempunyai bunga berwarna ungu terang dalam keluarga Fabaceae.

Tumbuhan ini jenis berkayu menjalar. Ia mempunyai daun unipinnat memanjang 5 hingga 9.5 cm dengan anak daun membujur atau oblong 5-7 helai setangkai setiap satu berukuran 1.4-6.5 cm panjang dan 1-4 cm lebar.[4]

Bunga tumbuhan terdiri daripada lima kelopak tercantum diperhatikan mempunyai bentuk mirip kelentit atau klitoris (clitoris) manusia memberikan nama saintifiknya Clitoria. Bunga ini sebahagian besar berwarna biru nila kerana kandungan antosianin tetapi ada juga bunga yang berwarna putih. Sulur bunga mempunyai paling lebih 10 filamen yang bersambung pada cepu debunga. Biji yang terhasil daripada persenyawaan bunga tumbuh berupa lenggai runcing 5 hingga 12 cm panjang mengandungi 8-10 biji benih.

Bunganya digunakan secara tradisional sebagai bahan pewarna makanan untuk menghasilkan warna biru dalam masakan seperti nasi kerabu, pulut dan mi;[7] malah bunga ini turut disebut sebagai bunga nasi kerabu di kawasan Pantai Timur Semenanjung lantaran pemakaiannya tersebut. Kini, ia amat jarang dipakai kerana kekurangan bekalan dalam jumlah yang mencukupi untuk digunakan.

Kuntum-kuntum bunganya boleh diseduh sebagai teh (yakni "teh bunga telang"); teh ini diketahui di Vietnam, Thailand dan Malaysia sebagai minuman pelega selepas makan malam mahupun dinikmati manis bercampur limau dan pemanis seperti madu atau gula merah. Peminuman teh bunga telang juga dipercayai membantu mengekalkan awet muda dan ketegangan kulit.

Tarikh Input: 30/01/2023 | Kemaskini: 30/01/2023 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEaEAy~