ENGGANG | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» ARTIKEL » ENGGANG

ENGGANG

 

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Enggang (Jawiاڠݢڠ Bahasa Inggeris: Hornbill) adalah sejenis burung yang mempunyai paruh berbentuk tanduk lembu tetapi tanpa lingkaran, kadang kala dengan kask pada bahagian atas mandibel. Biasanya paruhnya itu berwarna garang. Nama sainsnya "Buceros" merujuk kepada bentuk paruh, dan bererti "tanduk lembu" dalam bahasa Yunani.

Burung Enggang tergolong dalam kumpulan Bucerotidae yang termasuk 57 spesies. Sembilan spesies daripadanya berasal endemik di bahagian selatan Afrika.

Semasa pengeraman, enggang betina bertelur sehingga enam biji telur putih terkurung di dalam kurungan sarang, diperbuat daripada selut, najis, dan kulit buah. Hanya terdapat satu bukaan kecil yang muat bagi burung jantan menghulur makanan kepada anak burung dan burung enggang betina.

Apabila anak burung dan burung betina tidak lagi muat dalam sarang, burung betina akan memecahkan sarang untuk keluar dan membina semula dinding tersebut, dan kedua burung dewasa akan mencari makanan bagi anak-anak burung. Dalam sebahagian spesies, anak-anak burung itu sendiri membina kembali dinding yang pecah itu tanpa bantuan burung dewasa.

Antara jenis-jenis burung Enggang adalah:-

  1. Burung Enggang Badak
  2. Burung Enggang Jambul Hitam
  3. Burung Enggang Belukar
  4. Burung Enggang Jawa
  5. Burung Enggang Kedut
  6. Burung Enggang Papan
  7. Burung Enggang Tangling
  8. Burung Enggang Kelingking
  9. Burung Enggang Gunung
  10. Burung Enggang Belantara
  11. Burung Enggang Belulang
  12. Burung Enggang Tebang Mentua
  13. Burung Enggang Bukit
  14. Burung Enggang Jambul Putih
  15. Burung Enggang Dahan
  16. Burung Enggang Gatal Birah
  17. Burung Enggang Paruh Merah      Rencana berkenaan burung ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

Tarikh Input: 29/11/2022 | Kemaskini: 20/07/2023 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXESSAY~