Jarum Tujuh Bilah / Pereskia Sacharosa | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» ARTIKEL » Jarum Tujuh Bilah / Pereskia Sacharosa

Jarum Tujuh Bilah / Pereskia Sacharosa

Jarum Tujuh Bilahjarum tujuhpokok kanser, atau Chat Sim Chan (Pereskia sacharosa/saecnarosa) merupakan sejenis pokok yang terdapat di Malaysia dan negara ASEA lainnya. Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar.Ia merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adala sinar matahari yang terang dan iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak.

Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk Arizal 2004.Ia juga boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat 15-20 spesis pereskia terutamanya dari afrika selatan,amerika tengah dan India barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam, kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.

Tarikh Input: 20/10/2021 | Kemaskini: 20/10/2021 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
CUMCVA:21:11