KIJANG | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» ARTIKEL » KIJANG

KIJANG

 

Kijang (bahasa Inggeris: Common Barking Deer) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Muntiacus muntjac.

Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya "mega diversity" dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebrat darat, lebih 150,000 spesies invertebrat, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikan laut.

Kijang, atau juga dikenali sebagai Kijang India (Muntiacus muntjak) adalah spesies kijang paling luas taburannya. Ia mempunyai bulu lembut, pendek, keperangan atau kelabu, kadang kala dengan tanda (creamy). Spesies ini adalah maserba, memakan buah, pucuk, biji buah, telur burung termasuk haiwan kecil dan juga bangkai kecil. Ia menghasilkan bunyi menyerupai menyalak, biasanya apabila mengesan pemangsa (dengan itu nama biasa bagi semua kijang adalah rusa menyalak).

Kijang jantan mempunyai tanduk kecil yang mencapai kepanjangan 15 cm dan hanya 1 cabang. Ia tumbuh tahunan dari tunggul bertulang di kepala. Kijang jantan mempertahankan kawasannya dan amat garang berbanding saiznya. Ia akan berjuang sesama sendiri bagi mengawal wilayahnya dengan menggunakan tanduk atay (lebih merbahaya) gigi kanine atas seperti gading, dan mampu mempertahankan diri mereka dari pemangsa seperti anjing.

 

Tarikh Input: 10/05/2019 | Kemaskini: 10/05/2019 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXETUAk~