MALAM GEMILANG AKADEMIK | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» ARTIKEL » MALAM GEMILANG AKADEMIK

MALAM GEMILANG AKADEMIK

Malam Gemilang Akademik merupakan satu majlis apresiasi yang dianjurkan oleh Sekretariat Akademik, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) dengan kerjasama utuh daripada pihak pengurusan KOSASS. Sekali lagi majlis yang disambut setiap semester ini dianjurkan pada 7 Januari 2023 bertempat di Dewan Jauhari di KOSASS, UPM.

 

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa majlis tersebut dianjurkan bagi menghargai segala usaha dan penat lelah para kolegiat Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah dalam bidang akademik. Hal ini demikian kerana kecemerlangan dalam akademik merupakan salah satu misi yang ingin dicapai oleh setiap mahasiswi dan mahasiswa lebih-lebih lagi di Universiti Putra Malaysia. Kecemerlangan dalam akademik merupakan salah satu kayu ukur kepada kebolehpasaran graduan apabila mereka mencorak langkah kealam pekerjaan di kemudian hari.

 

 

Di samping itu, majlis Malam Gemilang Akademik pada kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Encik Asraf Mustaqim bin Amran merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Dr. Gadget UPM. Beliau dengan sukacitanya telah menaja majlis ini dan berharap agar majlis ini dapat menyuntik lagi semangat para kolegiat KOSASS. Menurut beliau, pencapaian akademik merupakan salah satu pencapaian yang penting dalam mencapai kejayaan suatu hari nanti kerana ilmu akan membuka pintu kepada peluang dalam kehidupan. Tidak lupa juga kepada Printcious.com kerana telah menaja majlis ini. Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti seperti persembahan nyanyian dan sesi cabutan bertuah memeriahkan lagi suasana dan mendapat sokongan hebat daripada para penerima anugerah.

 

Kesimpulannya, sesebuah majlis seperti Malam Gemilang Akademik yang dianjurkan oleh Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah memainkan peranan yang penting dalam membentuk keyakinan dan motivasi dalam diri mahasiswa dan mahasiswi. Motivasi yang tinggi akan dapat melahirkan graduan yang berdaya saing, berfikiran kritis dan sentiasa berfikiran maju ke hadapan untuk mencapai kecemerlangan dalam segala perkara yang dilakukan. Diharapkan juga agar para pelajar terus maju dan berjaya tidak kira di UPM atau di alam pekerjaan suatu hari nanti.

Tarikh Input: 31/03/2023 | Kemaskini: 31/03/2023 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXETUAn~