Misai Kucing /Orthosiphon Stamineus | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» ARTIKEL » Misai Kucing /Orthosiphon Stamineus

Misai Kucing /Orthosiphon Stamineus

Misai kucing (Orthosiphon stamineus) merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan yang seringkali ditemui di taman-taman tempatan kerana kecantikannya.


Misai kucing kini begitu popular dalam kalangan masyarakat Melayu kerana ia digunakan secara meluas dalam bidang perubatan termasuklah rawatan batu karang, gout dan darah tinggi dan diabetes. Eksperimen dengan menggunakan keseluruhan ekstrak misai kucing pada tikus makmal didapati dapat mengurangkan kepekatan glukosa dalam darah kerana tindakannya yang menggalakkan perembesan insulin oleh kalenjar pankreas.

Apabila paras insulin meningkat, maka secara tidak langsung paras gula dalam darah akan menurun.
Selain daripada penurunan gula, kajian makmal turut menunjukkan ia mampu menurunkan paras kolesterol dalam pesakit diabetes, sekaligus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (jantung).


Cara pengambilannya adalah dalam bentuk air rebusan atau teh.

Kebiasaannya bahagian yang digunakan adalah daunnya. Manakala bahagian lain pokoknya pula digunakan untuk tujuan rawatan bagi penyakit lain.

Setakat ini kajian – kajian yang dijalankan mendapati bahawa misai kucing tidak memberi kesan sampingan terhadap hati dan buah pinggang selepas administrasi. Namun, kajian selanjutnya perlu dijalankan untuk memastikan keselamatannya jika diambil dalam jangka masa yang panjang.

Tarikh Input: 20/10/2021 | Kemaskini: 20/10/2021 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXDdVAv~