Pokok Rama-Rama / Mariposa Christia Vespertillonis | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» ARTIKEL » Pokok Rama-Rama / Mariposa Christia Vespertillonis

Pokok Rama-Rama / Mariposa Christia Vespertillonis

Daun pokok rerama atau rama-rama (Butterfly Wings) kini bukan lagi spesis tumbuhan yang asing. Ianya sudah mula dikenali dan terkenal dikalangan masyarakat di Malaysia.

Semuanya adalah kerana khasiat dan kehebatan daunnya yang mampu mengubat pelbagai jenis penyakit terutama sakit Kanser, SLE, Lukemia, Strok, Kencing Manis & Penyakit Kronik Lain.

Pokok daun rerama ini bukan sahaja hebat dari sudut perubatan tapi ianya juga sangat menarik untuk dijadikan tanaman hiasan berikutan kepelbagaian bentuk dan warnanya yang memikat.

Pokok daun rerama atau rama-rama ini amat mudah ditanam dan dijaga. Ianya tidak manja dan lasak maka amat mudah memeliharanya walaupun tanpa memberi perhatian yang lebih.

Namun pokok ini memerlukan tempat yang teduh dan kadar penyiraman sekurang-kurangnya sehari sekali atau sebaik-baiknya 2 kali sehari.

Pokok rerama yang berada di bawah panas matahari pula akan mudah kekeringan dan mati. Jika hidup pun, daunnya tidak lebar dan bersaiz kecil.

Untuk menanam pokok daun rerama atau Mariposa Christia Vespertillonis ini, ada dua kaedah atau cara yang paling biasa dan mudah dilakukan untuk tanam pokok ini.

  1. Menggunakan biji benih
  2. Menggunakan keratan batang

 

Untuk menggalakkan ianya bercabang, cantas segera pucuknya apabila mencapai ketinggian lebih kurang satu kaki lebih kerana jika tidak ia mampu meninggi sehingga 2 meter tanpa sebarang cabang

Pokok akan mula matang dalam tempoh 4 bulan. Dalam tempoh 4-5 bulan ia sudah mula berbunga dan menghasilkan biji benih.

 

Tarikh Input: 20/10/2021 | Kemaskini: 20/10/2021 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
CUMCVA4:21:16