PROJEK GEMPUR TANI KOSASS | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» ARTIKEL » PROJEK GEMPUR TANI KOSASS

PROJEK GEMPUR TANI KOSASS

Projek Gempur Tani KOSASS merupakan program anjuran Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) sesi 2020/2021 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah yang diketuai oleh PK Azhar bin Badruddin. Program ini dijalankan bagi melahirkan kumpulan yang terlatih dan mahir dalam bidang pertanian. Selain itu, program ini juga dijalankan untuk melahirkan usahawan tani yang progresif dalam kalangan kolegiat.
Pada tarikh 24 Mac 2021, aktiviti penyediaan kawasan bagi tanaman buah naga di bawah program Projek Gempur Tani KOSASS telah dimulakan. Sehingga kini, aktiviti penyiraman dan pembajaan masih dilakukan secara berkala. Pada 25 Julai 2021, buah naga kelihatan membesar dengan sangat baik dan dijangka akan mengeluarkan hasil pada bulan September tahun 2022.
 
 
Di samping aktiviti penanaman buah naga, aktiviti penanaman jagung juga turut dilaksanakan bermula pada 08 Jun 2021. Penanaman jagung dijalankan di kawasan penanaman buah naga memandangkan kawasan tersebut mendapat sokongan cahaya matahari yang penuh. Aktiviti penyiraman dan pembajaan dijalankan secara berkala dengan bantuan kolegiat dan MPK yang berada di kolej. Pada 25 Julai 2021, pokok jagung telah mula mengeluarkan bunga dan dijangka akan mula dituai pada minggu hadapan.
Program Projek Gempur Tani KOSASS juga telah menjalankan aktiviti penanaman cili menggunakan polibeg. Penanaman cili dimulakan pada 08 Jun 2021 dengan bantuan kolegiat yang berada di kolej sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perkembangan tanaman cili pada 25 Julai 2021 menunjukkan pertumbuhan yang positif memandangkan pokok cili kelihatan membesar dengan baik. Aktiviti siraman dan pembajaan secara berkala turut dijalankan.
Natijahnya, pelaksanaan Projek Gempur Tani KOSASS ini memberi peluang kepada ahli jawatankuasa dan kolegiat bagi menimba ilmu pertanian, khususnya dalam penanaman dan keusahawanan. Menerusi aktiviti ini, ianya dapat membantu bagi melahirkan pelajar yang mempunyai ilmu pertanian di samping meningkatkan kelestarian pertanian di peringkat kolej dan universiti amnya.

Tarikh Input: 04/08/2022 | Kemaskini: 04/08/2022 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXESVAM~