RAJA UDANG | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» ARTIKEL » RAJA UDANG

RAJA UDANG

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Burung raja udangpekaka atau pekakak ialah sejenis burung berbulu pelepah berwarna-warni dalam keluarga Alcedinidae. Kebanyakan spesies ini ditemukan di kawasan tropika AfrikaAsia dan Oceania tetapi juga dapat dilihat di Eropah. Burung-burung ini dapat ditemukan di hutan tebal berdekatan tasik tenang dan sungai kecil.

Nama burung raja udang (Jawiبوروڠ راج اودڠ) datang daripada penangkapan udang sebagai sumber makanan utama.

Tubuh burung raja udang diselubungi bulu pelepah yang terang berwarna hijau dan biru. Warna-warni ini disebabkan struktur bulu-bulu ini yang menyerakkan cahaya biru (kesan Tyndall).Tidak ada perbezaan terang antara jantan dan betina kebanyakan spesies, perbezaan yang ada hanya kurang daripada 10%.

Paruh burung ini berbentuk seperti pisau. Spesies yang memburu ikan mempunyai paruh lebih panjang daripada spesies yang memburu mangsa di darat. Paruh burung raja udang tidak bergigi.

Banyak spesies burung ini menangkap dan memakan ikan; tetapi ada juga spesies yang memburu jenis kerangseranggakatak yang bersaiz kecil dan amfibia lain, reptilia (termasuk ular) bahkan juga burung dan mamalia.

Spesies yang mempunyai taburan besar seluruh dunia akan mempunyai kelompok dengan pemakanan yang berbeza.

Telur burung-burung ini putih dan bercengkerang keras. Bilangan telur dalam sangkak dihasilkan bergantung kepada spesies, ada spesies yang paling kecil dan yang paling besar bertelur 2 biji sekaligus manakala ada spesies yang bertelur 10 biji sekaligus; purata telur yang ada dihasilkan ialah 3–6 biji.

Kedua-dua burung jantan dan betina mengeramkan telur. Anak-anak yang menetas dari telur duduk dengan induk selama 3–4 bulan.

Tarikh Input: 29/11/2022 | Kemaskini: 04/01/2023 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEaPAG~