SEJARAH PENUBUHAN SUDUT BACAAN KOSASS | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» ARTIKEL » SEJARAH PENUBUHAN SUDUT BACAAN KOSASS

SEJARAH PENUBUHAN SUDUT BACAAN KOSASS

Sudut Bacaan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) ditubuhkan selepas KOSASS mengambil keputusan untuk menyertai Pertandingan Sudut Bacaan anjuran Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia. Sudut Bacaan ini telah diberi nama Belantara Ilmu yang membawa maksud luasnya ilmu. Ilmu yang perlu dituntut manusia sehingga ke negeri China.

 

Proses penubuhan Sudut Bacaan ini bermula pada cuti semester iaitu pada 29 Jun 2019. Sudut Bacaan ini siap sepenuhnya dan mula digunakan oleh warga KOSASS pada 1 September 2019. Konsep menggunakan bahan terpakai daripada katil kayu yang telah rosak dan patah adalah selepas staf membuat semakan inventori di bilik-bilik pelajar. Katil kayu tersebut yang sudah berumur seawal penubuhan KOSASS iaitu sejak tahun 1983, pihak kolej mendapati kayu-kayu tersebut masih boleh diubahsuai kegunaannya. 

 

  

 

  

 

Tarikh Input: 07/10/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
BUJRFAN:05:03