SELADANG | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» ARTIKEL » SELADANG

SELADANG

 

 

Seladang (Bos gaurus, dahulu Bibos gauris) ialah sejenis haiwan yang besar dan berbulu warna gelap di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Bilangannya yang terbesar pada hari ini adalah di India. Seladang ialah spesies lembu liar yang terbesar dan adalah lebih besar daripada Kerbau TanjungKerbau Air Liar Asia, dan bison. Dalam konteks pelancongan safari, ia dikenali sebagai bison India, akan tetapi istilah ini tidak tepat daripada segi teknikal. Bentuk bela jinak Seladang dikenali sebagai gayal atau mithun.

Seladang dapat dikenal pasti menerusi rabung cembungnya yang tinggi pada dahi di antara tanduknya yang melentur dengan tetap ke depan. Ini menyebabkan lekuk pada tampang bahagian atas kepalanya. Hujung tanduk melentur ke dalam dan sedikit ke belakang, manakala kaki tanduk sangat leper. Telinga Seladang amat besar, tetapi ekornya hanya sampai ke pergelangan kaki belakang. Tidak terdapat gelambir yang jelas pada leher dan dadanya. Rabung di bahagian belakang sangat ketara.

Seladang jantan dewasa berwarna antara perang gelap sehingga hampir hitam bagi Seladang yang amat tua. Bagaimanapun, bahagian atas kepala dari atas mata sehingga tengkuk berwarna kelabu atau kekadangnya putih kotor. Muncung Seladang jantan berwarna pucat, dengan bahagian bawah kakinya berwarna putih tulen. Bulu jantan yang tua sangat nipis pada bahagian belakangnya. Sebaliknya, warna Seladang betina dan anak lebih pucat dan kekadang mempunyai warna kuning keperang-perangan sedikit yang paling ketara bagi Seladang yang hidup di daerah kering dan terbuka. Tanduk Seladang berwarna hijau pucat atau kuning hampir pada sepanjangnya tetapi hujung tanduk berwarna hitam.

Tarikh Input: 10/05/2019 | Kemaskini: 10/05/2019 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEURAc~