Tour A' Culture 2.0 | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» ARTIKEL » Tour A' Culture 2.0

Tour A' Culture 2.0

Bertema Tour A' Culture 2.0, sepanjang 9 - 22 Oktober 2017. Sehubungan dengan hasil pencapaian yang cemerlang didapati pada sesi tahun lepas, sambutan yang hangat telah diperolehi oleh pihak penganjur kali ini. Untuk memastikan keberfungsian tujuan pembelajaran program ini, pihak penganjur terpaksa membahagikan kesemua peserta kepada dua rombongan. Rombongan pertama bertolak dari KOSASS pada pukul 8 malam, 8 Oktober 2017 di bawah bimbingan Cik Maznur yang selaku felo KOSASS, manakala rombongan kedua bertolak pada pukul 8 pagi, 9 Oktober 2017 di bawab bimbingan Lt. M. Alfan Hidayat. Kesemua peserta dimaklumkan telah tiba di destinasi dengan selamat dan tidak sabar bermula program pembelajaran mereka di Kota Surabaya, Indonesia.

Tarikh Input: 02/08/2018 | Kemaskini: 16/08/2018 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXDdNAO~