Majlis Watikah Pelantikan Ahli Jawatankuasa KOSASS Homecoming Club (KHOC) Sesi 2021/2022 | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » Majlis Watikah Pelantikan Ahli Jawatankuasa KOSASS Homecoming Club (KHOC) Sesi 2021/2022

Majlis Watikah Pelantikan Ahli Jawatankuasa KOSASS Homecoming Club (KHOC) Sesi 2021/2022

Majlis Watikah Pelantikan Ahli Jawatankuasa KOSASS Homecoming Club (KHOC) Sesi 2021/2022 diadakan pada 6 November 2021 (Sabtu) yang bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar yang terpilih menjadi ahli jawatankuasa KHOC. Selain itu, majlis ini juga diadakan bagi meningkatkan tahap motivasi pelajar dalam menjalankan tugas dengan lebih baik dan komited. Hal ini dapat menambah baik dan memantapkan lagi aspek pengurusan serta cara berorganisasi dalam kalangan pelajar.

 

Majlis dimulakan dengan video pengenalan KOSASS Homecoming Club (KHOC) Sesi 2021/2022 bagi memberi pendedahan kepada penonton bahawa apakah itu KHOC sebenarnya. Seterusnya, majlis diteruskan dengan tayangan video ucapan daripada Pengarah Majlis Watikah Pelantikan Ahli Jawatankuasa KHOC Sesi 2021/2022, Felo Penasihat KHOC dan Pengetua Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah selaku penaung KHOC bagi memberi kata-kata semangat dan amanat kepada ahli jawatankuasa untuk menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan baik sekaligus merasmikan Majlis Watikah Pelantikan Ahli Jawatankuasa KOSASS Homecoming Club (KHOC) Sesi 2021/2022. Majlis diteruskan dengan tayangan video korporat bagi memperkenalkan ahli jawatankuasa KOSASS Homecoming Club Sesi 2021/2022 dan seterusnya diakhiri dengan ucapan daripada Pengerusi KHOC Sesi 2021/2022, dimana beliau telah berjanji untuk memikul amanah yang diberi dengan sebaik mungkin.

 

Majlis Watikah Pelantikan Ahli Jawatankuasa KOSASS Homecoming Club (KHOC) Sesi 2021/2022 pada kali ini telah mencapai objektif-objektif yang disasarkan. Program ini berjaya dijalankan dengan lancar dari kerjasama semua pihak. Peserta program menyatakan kandungan program jelas dan padat. Namun, terdapat beberapa penambahbaikan daripada peserta seperti menyediakan video montaj atau video persembahan bagi memeriahkan lagi majlis.

Tarikh Input: 22/11/2021 | Kemaskini: 22/11/2021 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEbEAm~