ALPUTRA CAREER TALK (ACAT) SIRI 1 | SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
» NEWS » ALPUTRA CAREER TALK (ACAT) SIRI 1

ALPUTRA CAREER TALK (ACAT) SIRI 1

1 Disember 2020 Majlis Perwakilan Kolej telah menjalankan pelbagai aktiviti atau program dalam satu masa merupakan perkara yang agak berat lebih-lebih lagi bagi pelajar yang terikat dengan jadual kuliah masing-masing. Pada 1 Disember yang lalu, Exco Alumni & Kerjaya, Majlis Perwakilan Kolej Sesi Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), UPM sesi 2020/2021 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah dan Persatuan Alumni PALAPES U-Putra (ALPUTRA) telah menganjurkan ALPUTRA CAREER TALK (ACAT) SIRI 1 secara atas talian melalui aplikasi Facebook Live yang telah meraih 476 tontonan. Ini terbukti bahawa terdapat ramai pihak di luar sana yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai realiti dan cabaran dalam mencapai hala tuju dan kerjaya pada masa hadapan.
 
ALPUTRA CAREER TALK ataupun lebih dikenali sebagai ACAT yang telah diaturkan oleh Saudara Muhammad Muzhaffar Syah bin Azmi selaku pengarah ACAT telah membuahkan hasil dengan jayanya. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar terutamanya pelajar Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) tentang hala tuju kerjaya selepas ditauliahkan dalam PALAPES. Lt. Kdr. Prof. Gs Dr. Mohd Hasmadi bin Ismail PSSTLDM selaku pengetua Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah merupakan panel jemputan bagi program ini. Dengan ilmu dan pengalaman yang luas, beliau telah berkongsi dengan para penonton mengenai realiti dan cabaran dalam kehidupan serta membuka minda penonton mengenai sudut kerjaya yang luas dalam pelbagai bidang.
 
Apabila ditanya mengenai garis panduan dalam pemilihan kerja, Tuan Pengetua telah menyatakan bahawa pemilihan kerja adalah berdasarkan cgpa dan diikuti dengan aktiviti kokurikulum. Jadi adalah penting bagi pelajar untuk seimbangkan dan utamakan pelajaran. Tuan Pengetua juga telah banyak menerima soalan yang menarik berkaitan dengan kerjaya melalui ruangan komen. Antara soalan yang dikemukakan penonton adalah “bagaimana untuk mengatasi masalah yang lebih mementingkan kerja di dalam sesebuah organisasi seperti di kolej atau palapes berbanding tujuan utama masuk ke universiti untuk belajar”, “apakah prosedur jika saya ingin menyambung minat saya dalam bidang ketenteraan selepas tamatnya pengajian” dan banyak lagi. Tuan Pengetua telah menjawab semua soalan ini dengan jelas dan ia mengukuhkan lagi pemahaman penonton.
 
 
Secara konklusinya, program ACAT ini ternyata memberi pengalaman dan ilmu baharu kepada penonton. Program ini telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dan jumlah penonton yang menyertai program ini juga telah jauh malangkaui sasaran yang telah ditetapkan. Jika sebelum ini para penonton kurang mendalami mengenai realiti dan cabaran dalam mencapai hala tuju masa hadapan, melalui ACAT kami berjaya mendedahkan kepada ramai pihak mengenai kehidupan dalam mencapai hala tuju dan kerjaya. Oleh itu, kami berharap agar para penonton menghargai ilmu yang telah dikongsi dan mengaplikasikannya dengan baik pada masa hadapan.
Pengarah: Muhammad Muzhaffar Syah bin Azmi
Editor: Nur Arfah Hannani binti Shahril

Date of Input: 07/12/2020 | Updated: 12/01/2021 | zulkif

MEDIA SHARING

SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXDdOAr~